Skip to main content

Selebriti

Pilih Pendekatan Sayang Haiwan, Syamel Didik Anak Minta Kebenaran Dahulu - “Kalau Ada Kes Anjing Liar Tular…”

Pilih Pendekatan Sayang Haiwan, Syamel Didik Anak Minta Kebenaran Dahulu - “Kalau Ada Kes Anjing Liar Tular…”

Sekilas

  • Syamel berkongsi pandangan sebagai bapa tentang kes kanak-kanak diserang anjing, menegaskan pentingnya mendidik anak supaya menyayangi haiwan dan tidak menyalahkan anjing secara melulu.
  • Beliau menekankan peranan ibu bapa dalam mengajar anak meminta kebenaran sebelum berinteraksi dengan haiwan dan pentingnya kerjasama masyarakat menjaga keselamatan dan kebajikan haiwan.
  • Syamel akan membuat persembahan bersama National Symphony Orchestra (NSO) dengan Aubrey Suwito pada 2 dan 3 Oktober di Istana Budaya, bersama Shiha Zikir dan Ernie Zakri.
Advertisement

Penyanyi, Syamel berkongsi pandangan mengenai kes tular seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai diserang beberapa ekor anjing, baru-baru ini.

Ujar Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata sebagai seorang bapa, dia sentiasa mendidik anak sulungnya, Nur Khawla Soleha untuk menyayangi segala kehidupan termasuk haiwan.

Advertisement

Menurutnya, banyak perkara yang perlu diambil kira dan orang ramai tidak seharusnya menyalahkan anjing semata-mata, sebaliknya melihat kepada keadaan yang berlaku.

“Sebagai seorang bapa, kami akan sentiasa mengajar dia untuk menyayangi haiwan dan segala kehidupan di muka bumi. Itu paling utama. Kalau ada kes anjing liar tular, jangan salahkan anjing. Ia bukan mengenai anjing, ia mengenai keadaan.

“Mesti ada perkara yang berlaku. Kita cuba fokus kepada apa yang kita boleh selesaikan sewaktu itu. Jangan pukul rata dan tak mahu berkawan dengan anjing,” katanya kepada Gempak.

Syamel berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sidang media National Symphony Orchestra (NSO) with Aubrey Suwito ‘Pop Meets Symphony’ di Istana Budaya pada Selasa.

Dalam masa sama, Syamel turut mengambil pendekatan untuk mengajar anaknya supaya sentiasa meminta kebenaran dia dan isterinya Ernie Zakri sebelum melakukan sesuatu yang melibatkan haiwan.

“Saya ambil pendekatan beritahu Lala, segala perkara yang dia mahu buat, dia perlu minta kebenaran kami dahulu. Nak belai kucing pun, tanya kami dulu sebab kadang-kadang kita tak tahu keadaan kucing itu bagaimana. Mana tahu dia sakit ke apa.

“Jika anjing, kami dah pesan boleh sayang tetapi air liur tak boleh kena. Kalau tak, banyak kerja kena buat. Kita yang ibu bapa kena main peranan,” ujarnya.

Katanya lagi, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan penduduk dan kebajikan haiwan terjaga.

“Pada saya, benda paling senang. Kita tak boleh salahkan mana-mana pihak. Sebab kalau kena serang, tak akan kita kena senyum. Kitaa dapat atasi masalah itu dengan hasil kerjasama dan semua bersatu menjaga kawasan. Macam saya dulu, saya duduk di kawasan kilang.

“Perasaan tanggungjawab jaga haiwan itu penting. Kita sebagai penduduk, kalau ada anjing berkeliaran, kita tiada masa tulis surat tetapi kita ada penguatkuasa untuk minta pertolongan mereka dan uruskan dengan pengurus kilang. Kita perlukan keharmonian untuk aktiviti seharian.

“Pada saya, bila kita diserang, kita perlu lindungi diri. Persoalannya bukan pada penyerangan, persoalan jangan sampai berlaku serangan. Cara untuk atasi dari ia berlaku adalah memastikan setiap haiwan itu perlu dijaga rapi,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Syamel bakal membuat persembahan menerusi National Symphony Orchestra (NSO) with Aubrey Suwito “Pop Meets Symphony” pada 2 dan 3 Oktober di Panggung Sari, Istana Budaya.

Selain Syamel, Shiha Zikir dan Ernie Zakri turut akan membuat persembahan.

Tiket persembahan boleh didapati di laman web CloudJoi pada harga bermula RM78 hingga RM259.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement