Skip to main content

Berita

PMX Umum Cuti Tambahan; Isnin Jika Aidilfitri Pada Jumaat & Jumaat Jika Aidilfitri Pada Sabtu

Cuti Aidilfitri

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan bersempena Aidilfitri, dengan tarikh cuti bergantung pada sama ada hari raya jatuh pada Jumaat atau Sabtu.
  • Cuti tambahan akan diberikan pada Isnin (23 Mac) jika Aidilfitri pada Jumaat (20 Mac), dan pada Jumaat (20 Mac) jika Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac).
  • Kerajaan menasihatkan umat Islam agar tidak membuat spekulasi awal mengenai tarikh Aidilfitri dan merujuk kepada pakar astronomi Islam untuk kepastian.

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan bersempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut seluruh rakyat Malaysia pada minggu hadapan.

Menerusi perkongsian video dibuat Awani, Anwar memaklumkan cuti tambahan pada Isnin (23 Mac) akan diberikan sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat (20 Mac) dan Jumaat (20 Mac) akan diberikan jika Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu (21 Mac).

“Tak kira Aidilfitri jatuh pada Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang kerana Kerajaan tetap akan memberikan cuti tambahan hari raya.

“Sekiranya hari raya jatuh pada Jumaat (20 Mac) maka cuti tambahan akan diberikan pada Isnin (23 Mac). Manakala jika hari raya jatuh pada Sabtu (21 Mac), cuti tambahan akan diberikan pada Jumaat (20 Mac),” kongsinya.

Dalam pada itu, Anwar berkata cuti tersebut diberikan sebagai satu bentuk penghargaan buat semua yang bertungkus-lumus dalam melakukan tugas seharian mereka.

“Cuti diberi kerana semua orang sudah bekerja keras jadi anda layak menerimanya,” ucap Anwar.

Sejak bermulanya Ramadan pada penghujung Februari lalu, sudah timbul spekulasi sambutan 1 Syawal atau Aidilfitri 1447H bakal jatuh pada hari Jumaat (20 Mac 2026), berbanding jangkaan pada 21 Mac.

Spekulasi ini membuat ramai umat Islam bimbang jika ‘tiba-tiba raya’ akan berulang seperti tahun 2022.

Walau bagaimanapun, masyarkat dinasihatkan agar tidak membandingkan fenomena tahun-tahun lalu secara melulu tanpa merujuk kepada pakar astronomi Islam.

Kepastian tarikh hari raya adalah urusan besar yang melibatkan kedaulatan undang-undang Islam di negara kita.

Sehubungan dengan itu, umat Islam diseru untuk tidak membuat spekulasi awal atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai tarikh hari raya.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement