Skip to main content

Selebriti

"Puteri Balqis Adik Saya & Saya Akan Pertahankan Sesiapa Yang Saya Gelar Keluarga" - Izara Aishah

Izara aqish

Sekilas

  • Izara Aishah tampil mempertahankan Puteri Balqis yang dianggap seperti adik kandungnya susulan isu tular baru-baru ini.
  • Izara berkongsi bahawa mereka berkongsi jalan cerita hidup yang hampir sama dan dia akan pertahankan sesiapa yang digelarnya keluarga.
  • Izara memilih untuk tidak memberi respon toksik terhadap isu yang melibatkan Balqis dan Mia Sara, menghormati sikap pejuang Balqis.

Pelakon, Izara Aishah tampil mempertahankan Puteri Balqis yang dianggapnya seperti adik kandung sendiri, susulan isu tular baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Izara berkata dia tidak teragak-agak mempertahankan sesiapa yang digelarnya keluarga.

Menurutnya, dia memahami situasi Balqis memandangkan mereka berkongsi jalan cerita hidup yang hampir sama.

"Puteri Balqis adik saya dan saya akan pertahankan sesiapa yang saya gelar  keluarga. Jalan cerita kami lebih kurang sama, tulisnya.

Bagaimanapun, Izara memilih untuk tidak memberikan sebarang tindakan lanjut memandangkan Balqis dilihat lantang bersuara mengenai isu tular yang mengaitkan dirinya dengan pelakon, Mia Sara.

"Memandangkan dia pejuang maka saya memilih untuk tahan dari beri respon toksik sebab saya cuba jadi orang yang baik," katanya sambil berkongsi sebuah foto 'meme'.

Terdahulu, isu ini mula tercetus selepas Puteri Balqis meluahkan rasa geram dengan tindakan Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.

Malah Aqish mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.

Must-Watch Video

Advertisement