The Krishen Jit Fund meraikan ulang tahun ke-20 dengan meneruskan usaha menyokong penggiat seni tanah air apabila mengedarkan tujuh geran bernilai RM62,000 bagi tahun 2025.
Sejak mula diperkenalkan pada 2006, organisasi ini telah menyalurkan sebanyak 95 geran dengan jumlah keseluruhan RM723,000 kepada pelbagai projek seni meliputi muzik, tarian, teater, filem, seni visual dan persembahan eksperimental.
Advertisement
Diasaskan hasil kerjasama ASTRO dan Five Arts Centre, The Krishen Jit Fund diwujudkan sebagai penghormatan kepada tokoh teater tersohor negara, Datuk Krishen Jit, yang terkenal dengan karya eksperimental, berbilang budaya serta berani merentas batas tradisi dan kontemporari.
Sokongan organisasi ini turut diperkukuh dengan penyertaan Creador Foundation pada tahun 2020.
Panel pemilihan bagi 2025 terdiri daripada Tuan Haji Saifulkhairi Ahmad, Jolyn Gasper, Sharmilla Ganesan, Leow Puay Tin, Ravi Navaratnam dan Lim Ying Xian.
The Krishen Jit Fund berperanan sebagai platform penting untuk mengangkat kreativiti penggiat seni di Malaysia sekali gus memberikan ruang dalam merealisasikan idea baharu yang segar dan berimpak tinggi.