Sekilas
- Dahlia Rizal menarik perhatian ramai selepas menghadiahkan pelbagai barangan kepada sahabat baiknya, Adibah Azizi.
- Adibah berkongsi gambar hadiah tersebut di Threads sambil meluahkan rasa syukur dan mendoakan kebaikan untuk Dahlia.
- Netizen memuji sifat pemurah Dahlia dan menganggap Adibah sebagai rakan yang sangat bertuah.
Pempengaruh, Dahlia Rizal meraih perhatian ramai selepas dilihat menghadiahkan pelbagai jenis hadiah kepada sahabat baiknya iaitu Adibah Azizi.
Menerusi perkongsian di Threads milik rakannya itu, dia memuat naik foto hadiah-hadiah yang diberikan oleh Dahlia sambil menzahirkan rasa syukur.
Dalam hantaran tersebut, terdapat pelbagai barangan keperluan bayi serta sebuah bungkusan dari jenama mewah.
"Saya masih rasa macam mimpi dapat hadiah semua ini. Terima kasih Dahlia! Hari Jumaat dan sedang hujan ini jom kita doakan semoga orang yang pemurah macam Dahlia dapat rezeki berlipat kali ganda dan selalu dirahmati Allah," tulis Adibah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat pemurah Dahlia sambil menyifatkan Adibah sebagai seorang rakan baik yang bertuah.
