Skip to main content

Selebriti

Ramai Artis Titip Doa, Azza Elite 'Reveal' Keperibadian Sebenar Nadia Kesuma - "Dia Sangat Baik & Tak Cakap Pasal Orang"

Azza ELite dan Nadia kesuma

Sekilas

  • Penyanyi Azza Elite menyokong kenyataan pengguna Threads mengenai keperibadian baik dan mudah bergaul Allahyarhamah Nadia Kesuma.
  • Azza mengakui walaupun hubungan mereka tidak rapat, Nadia tidak suka bercakap buruk tentang orang lain.
  • Allahyarhamah Nadia meninggal dunia akibat sakit jantung dan jenazahnya akan dikebumikan di Jeddah.

Penyanyi Azza Elite tampil menyokong kenyataan seorang pengguna di Threads yang berkongsi mengenai keperibadian Allahyarhamah Nadia Kesuma, yang disifatkan sebagai seorang yang baik dan mudah bergaul.

Azza berkongsi bahawa meskipun hubungan mereka tidak begitu rapat dan hanya bertemu dalam majlis atau lokasi tertentu, dia mengakui sikap baik Allahyarhamah yang tidak suka bercakap buruk mengenai orang lain.

"Tepat bang. Walaupun kita tak rapat dan kadang-kadang jumpa di majlis atau lokasi, dia sangat baik dan tak sangat cakap pasal orang. Al-fatihah Nadia," tulisnya.

Terdahulu, anak perempuan Allahyarhamah Nadia memaklumkan ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu menerusi laman Threads.

Jenazah Nadia kini berada di Hospital King Fahad dan akan dikebumikan di Jeddah.

Sebelumnya, Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London yang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Must-Watch Video

Advertisement