Skip to main content

Selebriti

Rare! Masjid Tawar Kelas 'Pilates' Untuk Warga Emas Curi Tumpuan Dunia - " Sekarang Dah Boleh Ambil Cucu"

Pilates masjid

Masjid biasanya dikenali sebagai tempat umat Islam beribadah dan melakukan kebaikan.

Namun, jarang sekali kita mendengar masjid menyediakan kelas senaman, khususnya untuk warga emas.

Sebuah masjid di England menarik perhatian dunia apabila ia menawarkan kelas pilates kepada warga emas bagi membantu kesihatan mereka.

Menerusi video yang dikongsi oleh sebuah media antarabangsa di Instagram, kelihatan warga emas melakukan senaman dengan pelbagai pergerakan dalam suasana santai.

Menurut Setiausaha Agung masjid, Mohammed Ilyas, kelas tersebut mendapat sambutan yang amat baik terutamanya selepas video mereka tular.

"Ia merupakan kelas yang amat mengalakkan dan mereka bebas untuk memakai apa sahaja. Orang semakin kerap datang memandangkan video kami sudah tular. Saya boleh nampak perubahan mereka," katanya.

Dalam hantaran sama, rata-rata warga emas yang menyertai kelas tersebut turut berkongsi perubahan yang dirasai selepas mereka aktif bersenam.

"Saya sangat teruja, dulu saya rasa sakit tetapi selepas saya berjalan dan buat senaman, saya semakin bertambah baik.

"Saya ada tujuh major pembedahan pada badan saya. Ia sangat membantu diri saya.

"Salah seorang ahli kami beritahu yang mereka kini boleh ambil cucu mereka kerana sebelum ini mereka tidak boleh," ujar mereka.

Must-Watch Video

Advertisement