Satu perkongsian di Threads menarik perhatian netizen apabila sebuah majlis perkahwinan tampil dengan idea yang cukup luar biasa.
Menerusi hantaran seorang pengguna yang juga rakan kepada pengantin, kelihatan mempelai wanita menggenggam bunga tangan daripada gubahan petai sebagai ganti bunga biasa.
Advertisement
Lebih menarik, tetamu yang hadir turut menerima anak ikan dan sayur-sayuran segar sebagai doorgift.
"Tak pernah lagi tau wedding pengantin hand bouquet ada petai, dapat anak ikan & bawa balik sayur.
"Rare betul wedding kawan saya ni. Saya suka konsep dan vision pengantin. Sangat berani dan terperinci. Kami sebagai tetamu sangat gembira dan rasa nostalgia," tulis individu berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan majlis yang penuh dengan kreativiti itu.
"Rare sangat ni.
"Comelnya.
"Ini sangat cool.
"Wah, Rare. Keluarga pengantin ada kebun sayur atau kebun ke. Pertama kali, saya tengok konsep ini," komen netizen.
Majlis yang unik itu bukan sahaja berjaya mencuri perhatian netizen, malah dianggap sebagai antara idea perkahwinan paling jarang ditemui yang pernah dikongsikan di media sosial.