Skip to main content

Belasungkawa

Rebah Selepas Buat Persembahan, Joey BPR Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Kepala & Komplikasi Jantung

Rebah Selepas Buat Persembahan, Joey BPR Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Kepala & Komplikasi Jantung

Sekilas

  • Vokalis kumpulan BPR, Johari Mat Rozekhi atau Joey BPR, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada usia 63 tahun selepas rebah selepas persembahan di Kuala Lumpur.
  • Joey mengalami pendarahan di kepala dan komplikasi jantung sebelum disahkan meninggal dunia.
  • Joey BPR dikenali sebagai figura penting dalam muzik rock Malaysia sejak 1980-an dengan lagu-lagu popular seperti 'Aku Hanya Serangga' dan album-album ikonik bersama BPR.
Advertisement

Vokalis kumpulan BPR, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey BPR telah kembali ke rahmatullah di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 8.11 pagi pada usia 63 tahun.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh isteri Allahyarham, Joey dilaporkan rebah selepas selesai membuat persembahan di sebuah acara di Kuala Lumpur pada malam Jumaat sebelum dikejarkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan susulan.

Advertisement

Pemeriksaan doktor mendapati terdapat pendarahan di kepala serta komplikasi berkaitan jantung.

Jenazah kini masih berada di Hospital Kuala Lumpur dan akan dibawa ke Masjid Ukay Perdana.

Joey BPR merupakan antara nama besar yang mewarnai perjalanan muzik rock tanah air sejak era 1980-an.

Kumpulan Bumiputra Rockers mula aktif sekitar 1985, dan Joey menjadi antara figura penting yang mengangkat nama BPR sebagai salah sebuah kumpulan rock yang mempunyai pengaruh besar dalam industri muzik Malaysia.

Sepanjang perjalanan kariernya, Joey bersama BPR telah menghasilkan karya-karya yang terus dikenang sehingga hari ini, antaranya 'Aku Hanya Serangga', 'Dari Sinar Mata' dan 'Seribu Tahun Takkan Mungkin'.

BPR turut melalui zaman kegemilangan menerusi beberapa album penting seperti Selamat Pagi Malaysia (1986), Bisa (1987), Kelab Jiwa Luka (1990) dan Era 90-an (1991).

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement