Skip to main content

Berita

Remaja Dijatuhi 100 Tahun Penjara Bunuh Keluarga Kerana Obses PUBG

PUBG

Mahkamah di Pakistan menjatuhkan hukuman 100 tahun penjara terhadap seorang remaja kerana membunuh keluarganya. Apa yang lebih tragis, remaja tersebut membunuh ibu, abang dan dua adiknya kerana terlalu obses dengan permainan popular, PUBG.

Hukuman 100 penjara dijatuhkan kepada Zain Ali, 17, dengan empat pertuduhan yang setiap satu menyaksikan dia menerima 25 tahun penjara, ujar kenyataan yang dikeluarkan mahkamah seperti dilaporkan PTI agensi.

Advertisement

Pihak mahkamah juga menyifatkan jenayah yang dilakukan sebagai paling mengejutkan dalam kes keluarga di Lahore.

Mengikut kronologi kes, Zain melakukan pembunuhan sewaktu berusia 14 tahun.

Dia membunuh ibunya yang berumur  45 tahun pada waktu kejadian, abangnya, Taimur, 20, kakak, Mahnoor, 15 dan adiknya, Jannat, 10.

Kesemua mereka mati serta merta selepas ditembak menggunakan pistol berlesen milik ibunya yang diambil Zain.

Menerusi kenyataan mahkamah, Zain melakukan jenayah itu kerana terlalu obses dengan permainan PUBG.

Dia yang disifatkan sebagai peminat tegar PUBG tidak dapat mengawal kemarahan selepas kalah dalam salah satu pertarungan sebelum dimarahi ibunya kerana terlalu kerap bermain permainan video tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement