Skip to main content

Selebriti

Riena Diana Tumpang Gembira Buat Bella Astillah & Syed Saddiq - "Perjalanannya Bukan Mudah, Dia Layak Untuk..."

Riena Diana bella

Sekilas

  • Pelakon Riena Diana berkongsi rasa gembira dan sokongan terhadap pertunangan Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
  • Riena memuji kekuatan Bella yang berjaya melalui pelbagai cabaran sebelum ini dan layak untuk bahagia.
  • Majlis pertunangan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat, melibatkan pertukaran dulang hantaran antara kedua-dua pihak.

Pelakon, Riena Diana menumpang rasa gembira selepas melihat rakan seindustrinya, Bella Astillah akhirnya bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi perkongsian di Threads, Riena berkata bahawa Bella berhak untuk bahagia selepas apa yang dia lalui sebelum ini.

"Selepas apa yang dia lalui sebelum ini dan semua perkara yang kita sendiri saksikan, dia benar-benar layak untuk bahagia.

"Perjalanannya bukan mudah, tetapi dia tetap kuat dan teruskan kehidupan.

"Bukan semua orang memahami kisahnya, tetapi kita boleh melihat betapa kuatnya dia berjuang untuk sampai ke tahap ini," tulisnya.

Bukan mudah untuk bertahan, Riena turut memohon agar orang ramai memberikan sokongan dan dorongan buat Bella dan Syed Saddiq agar mereka bahagia bersama selamanya.

"Jadi sekurang-kurangnya, kita boleh beri sokongan dan tumpang gembira untuknya.

"Jangan fikirkan perkara negatif, hanya sebarkan kasih sayang dan aura positif. saya sangat gembira untuk Bella #BASS," ujarnya.

Sekadar info, Bella dan Syed Saddiq selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu yang diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua pihak.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must-Watch Video

Advertisement