Skip to main content

Berita

RMHC Malaysia Bersama Finalis Gempak Most Wanted Award Santuni Pesakit Di Hospital Tunku Azizah Edarkan Kit Ramadan

RMHC

Sekilas

  • Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia bersama Astro Gempak Most Wanted mengadakan kunjungan ke Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah untuk menyantuni pesakit sempena Ramadan.
  • Dua finalis Gempak Most Wanted, Danny Haziq dan Kecik, turut serta dalam edaran kit Ramadan serta memberi semangat kepada pesakit di hospital tersebut.
  • Sebelum ini, kira-kira 40 tetamu dari RMHC telah dibawa melawat studio Astro untuk pengalaman luar biasa di dunia penyiaran.
Advertisement

Dalam semangat menyambut Ramadan tidak lama lagi, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Astro Gempak Most Wanted hadir membuat kunjungan istimewa ke Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah (HTA), pada Selasa.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk menyantuni pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan bagi memberikan sedikit sinar buat mereka untuk menyambut Ramadan yang bakal menjelma.

Advertisement

Lebih manis, edaran kit Ramadan itu turut disertai dua finalis bagi Gempak Most Wanted Award iaitu Danny Haziq dan juga Kecik.

Sepanjang sesi lawatan yang penuh keinsafan itu, kedua finalis ini dapat meluangkan masa beramah mesra sambil memberikan kata-kata semangat serta menceriakan kesemua pesakit yang sudah berbulan lamanya mendapatkan rawatan di sana.

Sebelum ini, kira-kira 40 tetamu daripada Rumah Ronald McDonald (RMHC Malaysia) telah mengikuti lawatan khas ke Astro.

Lawatan berkenaan membabitkan keluarga serta kanak-kanak dari dua RMHC yang dibawa khas untuk merasai pengalaman luar daripada rutin harian mereka.

Antara aktiviti menarik sepanjang lawatan tersebut termasuk peluang melawat Studio Berita Awani, Studio Borak Seeni, Studio Astro Arena serta konti radio.

Lawatan itu turut memberi pengalaman baharu kepada kanak-kanak yang pertama kali melihat suasana sebenar di sebalik tabir dunia penyiaran.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement