Skip to main content

Berita

Robot 'Lightning' Atasi Rekod Larian Pecut 100 Meter Usain Bolt

Robot 'Lightning' Atasi Rekod Larian Pecut 100 Meter Usain Bolt

Sekilas

  • Robot humanoid China bernama 'Lightning' mencatatkan rekod larian 100 meter dengan masa 9.32 saat, mengatasi rekod dunia Usain Bolt.
  • Robot ini mampu berlari pada kelajuan 14.5 meter per saat dan akan bertanding dalam acara 100m, 400m, dan 1,500m di Sukan Robot Humanoid Dunia di Beijing.
  • Kejohanan tersebut menampilkan pelbagai jenis sukan robotik dan mempamerkan kemajuan dalam bidang robotik serta kecerdasan buatan (AI) dari pasukan seluruh dunia.
Advertisement

Sebuah robot humanoid buatan China bernama 'Lightning' mencatatkan rekod baharu larian pecut 100 meter (m) dengan masa 9.32 saat dalam satu ujian menjelang Sukan Robot Humanoid Dunia kedua.


 

Advertisement

Memetik portal CGTN pada Sabtu, catatan masa itu sekali gus mengatasi rekod dunia milik pelari pecut legenda Jamaica, Usain Bolt iaitu 9.58 saat.


 

Jurucakap jenama peranti pintar dari China, Honor berkata, robot berkenaan merekodkan kelajuan hanya 14.5 m per saat, membuktikan keupayaannya dalam acara larian berkelajuan tinggi menjelang pertandingan lima hari yang bakal berlangsung di Beijing.

Advertisement


 

'Lightning' dijadual bertanding dalam acara 100 m, 400 m dan 1,500 m pada kejohanan yang berlangsung dari 22 hingga 26 Ogos.


 

Acara tersebut bakal menampilkan variasi robot humanoid yang bertanding dalam pelbagai jenis sukan antaranya lompat jauh, angkat berat dan tenis.


 

Kejohanan itu turut menyaksikan pasukan dari seluruh dunia mempamerkan kemajuan dalam bidang robotik dan kecerdasan buatan (AI).


 

Rekod 9.58 saat milik Bolt sewaktu Kejohanan Dunia 2009 di Berlin kekal sebagai rekod dunia manusia rasmi yang diiktiraf oleh World Athletics.


 

Bagaimanapun, catatan masa robot berkenaan tidak boleh dibandingkan secara langsung sebagai rekod dunia olahraga di bawah peraturan sukan manusia.


 

Sumber: Sinar Harian



 

Anda mungkin berminat dengan

Clashe Skirts For Women Korean Style Loose A-line Rok Perempuan Pinggang Getah Denim Skirts

Clashe Skirts For Women Korean Style Loose A-line Rok Perempuan Pinggang Getah Denim Skirts

Nike Control Soccer Ball - White [HV4395-100]

Nike Control Soccer Ball - White [HV4395-100]

adidas Football PREDATOR GOALKEEPER GLOVE MATCH FINGERSAVE Unisex Blue KA7785

adidas Football PREDATOR GOALKEEPER GLOVE MATCH FINGERSAVE Unisex Blue KA7785

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Amazfit T-Rex 3 48mm Smart Watch with Outdoor Offline Maps and Navigation, Fitness Tracker Support 170+ Workout Modes

Amazfit T-Rex 3 48mm Smart Watch with Outdoor Offline Maps and Navigation, Fitness Tracker Support 170+ Workout Modes

New Era Street Dangle Black Long Sleeve Jersey

New Era Street Dangle Black Long Sleeve Jersey

Must Watch Video

Advertisement