Baru sahaja menimang cahaya mata kembar, pempengaruh media sosial, Sally Whoo sekali lagi menarik perhatian netizen apabila didakwa menggunakan nama pengguna (username) yang sama dengan pelakon terkenal, Siti Saleha iaitu @sallywho.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, individu berkenaan mempersoalkan tindakan Sally, atau nama sebenarnya Nur Salihah Aimuni, menggunakan nama yang sama hingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Advertisement
"Bukan nak bitter. Dari dulu aku tertanya kenapa guna username yang sama dengan Instagram Siti Saleha, Sallywho.
"Mula-mula aku ingatkan akaun TikTok Sallywhoo itu milik Siti Saleha, rupa-rupanya bukan," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, Sally tampil memberi penjelasan bahawa nama pengguna tersebut digunakan untuk akaun TikToknya dan dia tidak mengetahui kewujudan akaun Siti Saleha dengan nama yang hampir sama ketika mula mencipta akaun berkenaan.
"Salam, saya minta maaf ya kalau awak keliru dengan nama saya. Nama itu memang username saya di TikTok dan masa pertama kali saya cipta akaun itu, saya tak tahu sama dengan Siti Saleha. Minta maaf sekali lagi," jelas Sally.