Skip to main content

Berita

Sambung Perjuangan! Heliza, Hazwani, Ardell & Haroqs Kembali Dalam Misi Kemanusiaan GSF

Astrogempak GSF

Sekilas

  • Heliza Hilmi bersama adiknya Hazwani, Ardell, dan Haroqs akan menyertai misi kedua Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
  • Misi GSF melibatkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia yang bertujuan menentang kepungan Israel dan membantu krisis kemanusiaan di Gaza.
  • Delegasi termasuk petugas awam seperti doktor, guru, dan pembina ekologi yang akan memberikan bantuan serta sokongan komuniti kepada rakyat Palestin.

Penyanyi dan pelakon, Heliza Hilmi, difahamkan bakal meneruskan perjuangannya sebagai delegasi dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram Yayasan Mawaddah.

Selain Heliza, turut serta dalam misi kedua ini adalah adiknya, Hazwani, Ardell dan Haroqs.

Bagaimanapun, identiti empat individu lain tidak didedahkan.

“Malam ini 4 orang kami rahsiakan dan 4 orang kami dedahkan.

“Ardell , Haroqs , Heliza dan Hazwani. Semoga Allah sampaikan kalian ke bumi Gaza,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan kesemua delegasi dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dan berharap segala urusan mereka di dalam misi itu baik-baik sahaja.

Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF), yang menghimpunkan lebih daripada 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, dijadualkan berlepas dari Barcelona ke Gaza pada 12 April.

Misi itu bertujuan menentang kepungan Israel ke atas Gaza selain memberikan respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing yang dihadapi rakyat Palestin.

GSF tahun ini dirancang untuk memberikan impak, dan menyifatkannya sebagai intervensi awam yang disusun rapi pada saat keganasan dan krisis kemanusiaan semakin memuncak.

Misi itu turut disertai petugas awam termasuk doktor, guru dan pembina ekologi, yang bersedia memberikan bantuan segera, perkhidmatan penjagaan komuniti dan pembinaan semula pada peringkat awal bersama-sama dengan rakyat Palestin.


 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement