Skip to main content

Selebriti

Sampai Terketar-Ketar, Norreen Iman Imbau Kembali Babak Pertama Bersama Remy Ishak - "Aku Tengah Fikir Macam Mana Nak..."

WhatsApp Image 2026 04 10 at 5.12.25 PM

Sekilas

  • Norreen Iman berkongsi pengalaman pertama kali bertemu Remy Ishak di set filem Mikael: Pemburu Dua Alam yang membuatkan dia gugup sehingga perlu cubit peha untuk kawal gemuruh.
  • Norreen menerima cabaran menurunkan berat badan untuk watak aksi dalam filem tersebut dan menghargai peluang membawa watak wanita plus size yang aktif dalam aksi.
  • Filem Mikael: Pemburu Dua Alam yang mengisahkan pegawai polis menyiasat kes berkaitan makhluk jin kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 2 April.

Pempengaruh dan pelakon, Norreen Iman mengimbau kembali detik pertama kalinya bertemu aktor, Remy Ishak menerusi filem Mikael: Pemburu Dua Alam.

Menerusi perkongsian di Threads, Noreen yang membawa watak sebagai Winston dalam filem itu berkata bahawa dia mengiggil di hadapan Remy akibat terlalu gemuruh bertemu dengannya.

"Pertama kali saya jumpa Abang Remy Ketika di set penggambaran. Lutut aku menggigil teruk sampai babak pertama aku dengan dia, aku masih terketar-ketar sampai aku kena cubit peha untuk berhentikan dari gigilan.

"Aku tengah fikir macam mana aku nak buat lawak depan Remy. Aku masukkan secubit Norreen dan roh Winston sikit. Alhamdulillah, chemistry kami menjadi,"tulisnya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain menerusi sebuah temu bual podcast tempatan, Norreen berkongsi bahawa dia tidak jemu membawa watak sampingan, namun dia ingin melakukan kelainan.

Justeru itu, wataknya dalam filem itu nyata memberikan cabaran baharu buatnya apabila dia perlu menurunkan berat badan bagi menjayakan wataknya dengan lancar.

"Bukan saya bosan watak sampingan, saya nak cuba benda baru. Disebabkan saya masuk aksi, saya kena kuruskan badan. Ini cabaran buat saya,"ujarnya.

Bagaimanapun dia akui tidak menyangka bahawa masih ada lagi orang yang sudi melihat bakatnya meskipun mempunyai tubuh badan yang besar.

"Cuma tak sangka walaupun berbadan besar, orang nak melihat kelainan Wanita plus size buat aksi. Bila saya pergi stunt class, kita belajar pergerakan dan bertumbuk. Baru saya tahu bagaimana rasanya. Kelainan itu mewarnai hidup saya,"katanya lagi.

Mikael: Pemburu Dua Alam telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April.

Selain Norreen, filem ini turut dibintangi Remy Ishak, Fabian Loo dan Alicia Amin dan ramai lagi.

Filem arahan Zahir Omar ini mengisahkan seorang pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan kejam sebelum menyedari ia ada kaitan dengan makhluk dari alam jin.

Siasatan tersebut akhirnya membawa kepada pertembungan dengan Raja Jin demi menjaga keseimbangan antara dua dunia.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement