Skip to main content

Selebriti

"Saya Boleh Duduk Di Rumah Selama Seminggu Tanpa Keluar" - Intan Najuwa

WhatsApp Image 2026 03 26 at 2.54.41 PM

Sekilas

  • Intan Najuwa berkongsi bahawa dia lebih selesa menghabiskan masa di rumah bersama keluarga daripada keluar.
  • Suaminya juga sering berada di rumah dan mengutamakan masa bersama mereka, walaupun perlu bekerja di luar kawasan.
  • Mereka sekeluarga gemar meluangkan masa berkualiti di rumah, dengan suaminya hanya keluar untuk aktiviti polo dan menunggang kuda.

Pelakon, Intan Najuwa menjawab persoalan netizen yang bertanyakan mengenai rutin hariannya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan berkongsi dia lebih selesa meluangkan masa di rumah berbanding keluar.

"Saya tidak buat apa sangat. Rutin harian saya kebanyakannya hanya menghabiskan masa di rumah sebab saya tak suka keluar.

"Saya boleh duduk di rumah selama seminggu tanpa keluar. Hanya nikmati masa bersama suami dan Lunara,"tulisnya.

Dalam masa sama, Intan turut berkongsi bahawa suaminya juga sering berada di rumah dan mengutamakan masa bersama keluarga.

"Suami saya juga setiap hari ada di rumah. Dia pun seorang yang suka duduk rumah atau mungkin dia tak sampai hati nak tinggalkan saya dan Lunara sendirian.

"Walaupun terpaksa keluar bekerja di luar kawasan, dia akan pastikan pulang pada hari yang sama sebelum malam.

"Kalau betul-betul perlu bermalam di luar, dia akan bawa kami sekali.

"Jadi, kami memang jenis yang suka duduk di rumah. Satu-satunya masa dia keluar adalah untuk bermain polo dan menunggang kuda.

"Selebihnya, rutin harian kami dipenuhi dengan masa berkualiti bersama keluarga," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Topik Berkaitan

Advertisement