Skip to main content

Selebriti

"Saya Pernah Rancang Untuk Kahwin Dua Tahun Lepas Tetapi..." - Qasrina Karim

Bakar isteri

Sekilas

  • Qasrina Karim sering menerima soalan mengenai jodoh daripada saudara mara tetapi tidak terasa hati kerana anggap ia sebagai cara memulakan perbualan.
  • Pelakon berusia 30 tahun itu fokus pada kerjaya dahulu dan tidak risau untuk berkahwin lambat kerana mahu seseorang yang faham masa kerjanya.
  • Qasrina pernah merancang untuk berkahwin pada usia 28 tahun, namun hasrat tersebut tidak kesampaian dan dia menerima ketentuan itu dengan reda.

Pelakon, Qasrina Karim akui sering menerima soalan mengenai jodoh setiap kali berjumpa dengan saudara mara.

Qasrina bagaimanapun tidak terasa hati dengan soalan cepumas tersebut, sebaliknya beranggapan ia hanyalah langkah seseorang memulakan sesebuah perbualan.

"Ada juga dapat soalan bila hendak kahwin atau sudah ada pasangan atau belum. Tetapi, soalan itu tidak membuatkan saya tertekan, saya okay sahaja. 

"Biasalah, kadang-kadang saya fikir mereka tanya sebab mahu ada topik bersembang atau mungkin nak kenalkan dengan seseorang kepada kita, misalnya, anak mereka," katanya kepada Gempak.

Qasrina yang kini berusia 30 tahun itu berkata dia tidak ada sebarang kerisauan atau tertekan untuk mendirikan rumah tangga dengan segera kerana ingin memberi tumpuan pada kerjayanya terlebih dahulu.

"Hendak kata risau kahwin lambat itu tidak juga. Saya fokus pada kerjaya dahulu. Dalam industri seni, kita keluar awal pagi, balik pun kadang-kadang awal pagi. 

"Jadi, saya perlukan seseorang yang istimewa untuk fahami masa kerja saya,"kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan drama My Famous Ex-Boyfriend itu turut akui pernah merancang untuk berkahwin pada dua tahun lepas, namun hasratnya tidak kesampaian.

"Sebenarnya. saya merancang untuk kahwin dua tahun lalu, iaitu ketika berumur 28 tahun. Tetapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan," katanya berseloroh. 

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement