Skip to main content

Selebriti

"Saya Pun Nak Kahwin..." - Zeera Azizi Doa Dapat Jumpa Jodoh

Zeera jodoh

Sekilas

  • Pelakon Zeera Azizi berkongsi doa sempena malam Nisfu Syaaban agar bertemu jodoh yang membahagiakan dan saling melengkapi.
  • Dia berharap pasangan hidupnya akan menjadi teman borak yang menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
  • Zeera juga meminta orang ramai mendoakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dan mempertahankan hubungan.

Pelakon, Zeera Azizi berkongsi doa yang dibuatnya sempena malam Nisfu Syaaban malam tadi.

Menerusi perkongsian di Threads, Zeera memohon agar dia dapat bertemu dengan pasangan hidup yang boleh membahagiakan dan tidak berputus asa dengan dirinya.

"Doa saya malam ini, semoga saya berjumpa jodoh yang mampu membahagiakan saya dan menjadi peneman borak, saling menerima kekurangan,kelebihan dan aling melengkapi," tulisnya.

Dalam masa sama, dia juga meminta orang ramai untuk menitipkan doa buatnya kerana dia juga menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga. 

"Sentiasa berusaha untuk pertahankan hubungan dan tidak berputus asa perjuangan orang yang dia sayang. Doakan saya juga. Saya pun nak kahwin," ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement