Skip to main content

Selebriti

"Saya Sangat-Sangat Bahagia, Umpama Satu Puzzle Dah Diselesaikan" - Puteri Balqis

pb tunang

Pelakon, Puteri Balqis memilih untuk mengunci mulut berhubung pertunangannya bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Didi.

Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish menjelaskan bahawa tindakan tersebut dibuat kerana keluarganya telah diduga dengan pelbagai perkara.

"Tentang keluarga dan pertunangan, saya tak mahu bercerita lebih sebab mereka (keluarga) telah melalui pelbagai perkara.

"Jadi, saya mahu berkongsi tentang kerjaya sahaja. Soal peribadi, biar saya jawab yang hanya boleh dijawab sahaja," katanya kepada Gempak.

Aqish berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! di TGV Cinema Suria KLCC, semalam.

Dalam pada itu, Aqish menyifatkan kehidupannya kini berada di fasa bahagia dan sudah lengkap apabila dikelilingi oleh ahli keluarga dan insan tersayang.

"Saya sangat-sangat bahagia (keluarga dan kerjaya). Ia seumpama ada satu 'puzzle' yang sudah diselesaikan tapi ada satu 'puzzle' lain yang mencantikkan lagi.

"Ya, ia melengkapkan. Saya sangat berbesar hati dengan keluarga saya dan keluarga tunang saya yang sangat baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aqish membintangi drama Anugerah Tanpa Cahaya yang akan bersiaran sebanyak 10 episod mulai 16 Mac ini.
 

Must-Watch Video

Advertisement