Skip to main content

Selebriti

"Saya Tak Sebut Pun Perihal Bangunan Atau Perniagaan" -  Ahmad Idham

idham

Sekilas

  • Ahmad Idham menegaskan bahawa kritikan beliau bukan terhadap bangunan atau perniagaan milik Datin Nur Shahida, tetapi terhadap sikap pemilik kenderaan yang meletak kereta sehingga menghalang laluan.
  • Idham turut mempersoalkan tindakan individu yang menghalang laluan keluar sebuah sekolah yang menempatkan anak istimewanya.
  • Datin Nur Shahida menjelaskan kawasan wisma perniagaannya adalah kawasan perindustrian dan telah beroperasi sejak 2015, serta meminta agar kawasan tersebut tidak digelar tidak bertamadun.

Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham tampil menjawab isu dirinya yang mendakwa bangunan milik usahawan, Datin Nur Shahida telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitarnya.

Menerusi perkongsian di Threads, Idham menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyentuh tentang perniagaan mahupun bangunan berkenaan.

Sebaliknya, tegurannya hanya ditujukan kepada sikap segelintir pemilik kenderaan yang meletakkan kereta sehingga menghalang laluan orang lain.

"Saya tak sebut pun perihal bangunan atau perniagaan. Yang ditegur itu ialah sikap pemilik kenderaan. Yang lain ni dah kenapa duduk kepanasan. Faham ke tidak konteks atau isunya?

Dalam satu hantaran lain, Idham turut mendakwa individu terbabit bukan sahaja menghalang laluan kenderaan, malah menutup laluan keluar sebuah sekolah yang menempatkan anak istimewanya.

"Mereka bukan sahaja menghalang kereta tetapi juga block laluan keluar premis sekolah anak istimewa saya

Terdahulu, Idham meluahkan rasa kecewa apabila kawasan sekitar wisma milik Shahida didakwa menjadi punca kesesakan lalu lintas susulan kehadiran ramai pengunjung.

Menurutnya, lokasi tersebut dilihat kurang sesuai dijadikan tumpuan jualan yang menarik orang ramai. Meskipun tidak menyebut nama perniagaan secara langsung, salah satu premis di kawasan berkenaan adalah milik Shahida.

Bagaimanapun, Shahida memohon agar Idham tidak menggelar kawasan wisma perniagaannya sebagai tidak bertamadun kerana ia telah beroperasi di situ sejak 2015 dan menjelaskan kawasan tersebut merupakan kawasan perindustrian.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement