Skip to main content

Selebriti

"Saya Tak Tujukan Pada Awak Atau Cuba Nak Label Sesiapa Sebagai 'Kelam'" - Aishah Azman

WhatsApp Image 2026 04 09 at 2.57.40 PM

Sekilas

  • Article content is missing, so a summary cannot be generated.
  • Please provide the article text to proceed with the summary.
  • Ensure the article body is included for accurate summarization.

Pelakon, Aishah Azman tampil memperjelaskan dirinya susulan seorang wanita yang mendakwa dirinya diglelar 'kelam' oleh aktres itu menerusi hantaran jenama kasut terkenal di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Aishah memohon maaf pada wanita berkenaan atas pemilihan ayatnya yang telah mencetuskan salah faham di antara mereka.

"Terima kasih kerana maklumkan pada saya. Saya minta maaf jika ayat saya kurang menyenangkan.

"Saya tiada niat langsung. Saya ingin jelaskan bahawa komen saya tidak ditujukan pada awak atau cuba nak label sesiapa sebagai kelam," tulisnya.

Aishah turut menegaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah untuk memberi sokongan buat rakannya semata-mata dan tiada niat jahat.

"Hantaran saya bertujuan untuk menyokong rakan saya agar pihak Adidas berikan perhatian pada rakan saya.

"Tiada langsung niat untuk burukkan sesiapa atau cetuskan sebarang salah faham. Saya hargai awak bersuara tentang perkara ini. Saya harap  penjelasan ini jelas," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Must-Watch Video

Advertisement