Sekilas
- Pelakon Scha Elinnea berkongsi kos bulanan rawatan kecantikan dan penjagaan diri di TikTok miliknya.
- Antara rawatan yang dilakukan termasuklah lashes dan brows RM369, manicure dan pedicure RM300, serta rawatan IPL dan skin booster berjumlah ribuan ringgit.
- Scha menegaskan kecantikan memerlukan pelaburan dan usaha, bukan datang secara percuma, sambil netizen menganggarkan jumlah keseluruhan hampir RM4000.
Pelakon, Scha Elinnea mencuri perhatian selepas mendedahkan kos bulanan bagi rawatan kecantikan dan penjagaan diri di akaun Tiktok miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Scha atau nama penuhnya Nur Azleen Natasha berkongsi senarai harga bagi setiap rawatan yang dilakukannya.
“Lashes and brows RM369, Manicure dan pedicure RM300, Full Face Threading RM50, Rawatan IPL, Under eye skin booster RM1688, NCFT skin booster RM850, touch up hair colour RM380,”tulisnya.
Menurut Scha, kecantikan seseorang bukanlah hadir secara percuma, sebaliknya ia memerlukan pelaburan wang bagi memastikan penampilan diri sentiasa terjaga.
“Kalau nak cantik memang kena luangkan. Lain orang lain cara. Saya suka buat rawatan kecantikan sebab jimatkan masa saya untuk bersiap, selain untuk jangka masa panjang,”ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja selepas mengira jumlah keseluruhan rawatan Scha yang dianggarkan kira-kira hampir RM4000.
“Okay total dia RM4000.
“Jumlah semua RM3999 ye.
“Nak cantik, duit pun kena cantik juga,”komen netizen.