Penyanyi Shila Amzah mendedahkan bahawa sebelum kehadiran suaminya, Ubai, dia sering bimbang membawa anak istimewanya, Seth untuk keluar membeli-belah.
Menurut Shila, dia risau sekiranya Seth mengamuk atau menjerit di tempat tersebut.
"Sebelum Ubai ada dalam hidup, saya sangat takut untuk bawa Seth pergi ke pusat beli belah sebab saya takut dia akan menjerit dan mengamuk. Janganlah kita mengkritik seseorang itu tanpa mengetahui keadaan yang sebenar," katanya kepada Gempak.
Shila berkata demikian ketika menghadiri sesi MeleTOP di Bukit jalil pada malam Selasa.
Dalam masa sama, Shila turut berkongsi bahawa dia kini tidak lagi terkesan dengan pandangan orang dan berpesan agar sentiasa muhasabah diri kerana kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita dalam kehidupan.
"Kalau tanya semua ibu bapa yang ada anak istimewa mereka tidak lagi peduli dengan pandangan tajam orang. Kita taktau bila tuhan akan uji kita pula. Jadi, kita kena banyak muhasabah diri," ujarnya.
Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.
Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 namun berpisah selepas empat tahun.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.