Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap bekas suami, Aidil Zafuan yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya dalam memberi nafkah kepada anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di Threads, Rita memohon agar Aidil menyelesaikan dahulu hutang nafkah berkenaan sebelum melakukan perkara lain.
Aktres filem Mami Jarum itu turut menyindir sama ada bekas suaminya selesa menggunakan wang yang bukan haknya.
"Nak buat apa ke, nak pergi mana ke, hutang nafkah anak selesaikan dahulu. Nak tahu juga apa rasa makan duit yang bukan hak kita. Sedap ke," tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Rita dan mengecam tindakan Aidil yang disifatkan tidak bertanggungjawab.
"Setuju 200 peratus.
"Tak boleh bayangkan kat akhirat nanti macam mana dia nak jawab.
"Tak kena balasan di dunia, mungkin di akhirat.
"Bapa tak bertanggungjawab," komen mereka
Sumber: Threads