Skip to main content

Selebriti

"Selekehnya Saya Sekarang..." - Fatiya Latiff

Fatiya latiff

Sekilas

  • Fatiya Latiff berkongsi rasa tidak puas hati dengan penampilan dirinya yang kini dianggap kurang kemas dan kurang menarik di media sosial.
  • Netizen memberikan sokongan dan kata-kata semangat agar Fatiya kembali sihat dan cantik seperti dahulu.
  • Fatiya sebelum ini pernah menyatakan dia selesa dengan bentuk badan dan menerima perubahan wajah akibat penuaan.

Pelakon, Fatiya Latiff sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas membuat kenyataan sarat emosi di media sosialnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Fatiya tidak menyukai ketrampilan dirinya masa kini kerana dianggap kurang kemas dan tidak menarik lagi.

"Selekehnya saya sekarang, saya dengan rambut sanggul dan gemuk lagi," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat aktres drama Ariana Rose itu supaya kembali sihat dan cantik seperti dahulu kala.

Terdahulu, Fatiya akui selesa dengan bentuk badannya dan gembira dengan kehidupannya sekarang.

Dia turut pernah menjelaskan bahawa penambahan usia merupakan antara faktor utama berlakunya perubahan di wajahnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement