Sekilas
- Ribut tropika Senyar kini berada di Selat Melaka dan dijangka membawa hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
- Negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Melaka dan Johor dijangka terjejas dengan risiko banjir dan gangguan pengangkutan laut.
- Orang ramai dinasihatkan elak aktiviti di pantai dan tepi sungai serta sentiasa ikuti maklumat terkini dari MetMalaysia dan sediakan kit kecemasan.
Ribut tropika (Senyar) kini dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, iaitu kira-kira 94 kilometer ke Timur Laut Tanjung Balai, Indonesia, dan dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j selain boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 46 km/j.
Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, keadaan itu boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Fenomena yang jarang berlaku
Berikut adalah fakta mengenai Senyar dan kemungkinan impaknya terhadap Malaysia, khususnya di sekitar Pantai Barat dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Taufan Senyar, atau ‘Singa’, terbentuk di Selat Melaka pada 26 November 2025 – kawasan berhampiran khatulistiwa yang jarang sekali mengalami pembentukan taufan tropika. Kali terakhir fenomena seumpama ini berlaku ialah pada 2001, dikenali sebagai Taufan Vamei.
Kedudukan dan Pergerakan Semasa
Senyar kini berada kira-kira 102 km barat daya Lumut, Perak, bergerak ke timur-tenggara pada kelajuan 24 km/j. Ia membawa angin kencang dan hujan lebat berterusan.
Kawasan Terjejas di Malaysia: Negeri pantai barat seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Melaka dan Johor menerima kesan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora.
Garis Masa Penting
22 November: Sistem tekanan rendah dikesan di Selat Melaka.
26 November: Pendaratan di Langsa, Aceh (Sumatera).
26–27 November: Hujan lebat dan angin kencang melanda pantai barat Malaysia.
27–29 November: Amaran hujan berterusan untuk Selangor dan negeri lain.
Kesan kemungkinan di Malaysia
Banjir
Negeri utara dijangka paling terjejas; manakala banjir setempat di Selangor termasuk Sekinchan. Pengangkutan: Operasi feri dan bot kecil dihentikan; ombak setinggi 4.5 m.
Korban dan Kerugian
Sehingga kini,sekurang-kurangnya 107 maut di rantau ASEAN, dengan kerugian dianggarkan melebihi AS$366 juta.
Tip Keselamatan
Elak aktiviti pantai dan tepi sungai.
Ikuti maklumat terkini melalui MetMalaysia, aplikasi myCuaca, atau hotline 1-300-22-1638.
Sediakan kit kecemasan dan patuhi arahan pemindahan.