Skip to main content

Selebriti

Sering Diminta Tegur Adik Ipar, Ini Jawapan PU Riz - “Tanggungjawab Untuk Menegur Secara Kerap Bukan Terletak Pada...”

Bakar isteri

Sekilas

  • PU Riz menegaskan teguran aurat perlu dilakukan secara sederhana dan beradab, terutama jika individu tersebut masih ada ibu bapa.
  • Beliau menjelaskan tanggungjawab menegur secara kerap bukan hanya pada dirinya, malah setiap orang ada individu utama yang wajib ditegur seperti isteri dan anak-anak.
  • PU Riz turut berkongsi pengalamannya sering diminta menegur ahli keluarga sebelum menegur orang lain, dan beliau sudah penat menjawab soalan tersebut.

Pendakwah bebas, PU Riz akhirnya membuka mulut selepas sering dihujani soalan mengenai teguran aurat ke atas adik iparnya.

Menurut PU Riz, menegur seseorang perlu dilakukan secara sederhana dan bukan terlalu kerap sekiranya individu tersebut masih mempunyai kedua ibu bapa.

"Secara umum kita memang menegur tetapi tidaklah sampai terlalu mendalam. Kebiasaannya kita kena ada adab. Dia pun ada ibu bapa dia sendiri.Tanggungjawab untuk menegur secara kerap bukanlah terletak pada saya," katanya.

PU Riz berkongsi perkara tersebut ketika muncul dalam program audio siar Sembang Seram.

Katanya lagi, jika teguran diberikan kepada adiknya, mungkin dia sendiri turut rasa kurang senang.

Bagaimanapun, PU Riz menegaskan bahawa jika berlaku kemungkaran, teguran tetap perlu diberikan.

"Kalau orang luar yang menegur  secara berlebihan adik saya walaupun dia tak sempurna pun, saya tetap rasa ia tak betul. Netizen jangan salah faham, kita kena tetap beri peringatan tetapi kita kena ingat dalam Al-Quran pun ada minta kita untuk menjaga diri kita dan ahli keluarga terlebih dahulu," ujarnya.

Suami kepada pelakon Neelofa itu turut berkata setiap orang mempunyai individu yang lebih utama untuk ditegur seperti isteri, anak-anak dan pembantu rumah. Malah, dia sendiri menyediakan kelas mengaji untuk pembantu rumahnya.

"Kalau kemungkaran berlaku, secara umum kita menegur tetapi setiap orang ada blinded yang betul-betul wajib ditegur. Contohnya, isteri dan anak-anak. Orang gaji dalam rumah kita pun kena ajar sebab itu fardu ain. Saya sediakan kelas al-Quran untuk bibik saya," jelasnya.

Dalam pada itu, PU Riz akui penat kerana sering diminta untuk menegur ahli keluarga sebelum menegur orang lain, malah ada yang pernah menyoalnya ketika menghadiri majlis agama.

"Kita kena faham dulu mengenai ini sebab kadang mungkin ia nampak agak serius tetapi saya pun dah penat nak cakap. Setiap kali saya cakap orang kata pergilah tegur keluarga dulu. Ambil cermin. Saya pernah kena orang tanya dalam majlis, dia tanya pada saya jika saya tak rasa malu ke kasi ceramah dekat orang tetapi keluarga sendiri tak sempurna," kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement