Sekilas
- Pelakon Rykarl Iskandar berkongsi rasa hairan kerana ramai yang masih salah eja namanya sejak kecil.
- Hanya sekitar tiga daripada sepuluh orang yang berjaya mengeja nama Rykarl dengan betul.
- Rykarl juga menyatakan bahawa banyak rumah produksi masih melakukan kesilapan dalam penulisan namanya.
Pelakon, Rykarl Iskandar mengakui hairan dengan segelintir individu yang masih tidak mampu mengeja namanya dengan betul sehingga kini.
Menerusi perkongsian di Threads, Rykarl berkata dia berdepan dengan perkara tersebut sejak kecil lagi.
Malah, menurutnya hanya beberapa orang sahaja yang berjaya mengeja namanya dengan betul.
“Aku ada sedikit masalah. Kenapa ramai orang akan eja nama aku mesti tak betul. Daripada aku kecil sampai sekarang.
“Kesilapan ejaan itu aku boleh cakap kalau 10 orang, hanya 3 orang sahaja yang eja nama aku betul,”ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, Rykarl turut membalas komen netizen yang turut mempunyai penagalaman sama sepertinya.
Dia berkata masih banyak pihak produksi yang melakukan kesilapan ketika menulis namanya.
“Pelik kan. Macam saya ini masih banyak rumah produksi yang tulis nama saya salah. Serius tak faham,”tulisnya.