Skip to main content

Selebriti

Sharifah Shahirah Pilih 'Recycle' Baju Raya & Elak Pembaziran - "Kalau Boleh Saya Akan Jual Semula..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Sharifah Shahirah atau Shiera sudah hampir 23 tahun tidak menyambut Hari Raya di kampung kerana semua ahli keluarganya kini menetap di Kuala Lumpur.
  • Shiera dan keluarganya lebih gemar memakai semula baju raya lama untuk mengelakkan pembaziran dan kadang-kadang menjual baju tersebut pada harga yang jauh lebih murah melalui Instagram.
  • Menurut Shiera, harga baju raya kini lebih berpatutan dan mudah didapati berbanding dahulu, jadi dia memilih untuk berbelanja secara sederhana dan mengutamakan penjimatan.

Penyampai radio Sinar, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera mendedahkan bahawa dia dan keluarga sudah hampir 23 tahun tidak menyambut Hari Raya di kampung halaman.

Menurut Shiera, perkara itu berlaku kerana tiada lagi ahli keluarga yang menetap di kampung memandangkan kesemua adik-beradiknya kini tinggal di Kuala Lumpur.

“Saya sudah hampir 23 tahun tidak beraya di mana-mana kampung. Saya hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Keluarga pun semuanya sudah berada di sini kerana di kampung sudah tiada siapa.

"Biasanya sebelum Syawal saya akan pulang sekejap ke kampung, kemudian kembali semula ke Kuala Lumpur untuk mengemas rumah dan membuat persiapan. Jadi semuanya memang tertumpu di sini," katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai persiapan hari raya, Shiera berkongsi bahawa dia dan keluarganya sering memakai semula baju raya yang sedia ada bagi mengelakkan pembaziran, memandangkan kebanyakan pakaian tersebut hanya dipakai sekali sahaja setiap tahun.

"Selagi belum raya, memang ada sahaja baju yang dibeli hari-hari. Tetapi selalunya saya akan pakai semula baju yang ada kerana saya rasa tidak baik membazir. Kalau boleh, saya juga akan jual semula baju-baju yang pernah dipakai.

"Anak-anak pun sama, kadang-kadang mereka pakai semula baju lama kerana kebanyakan baju raya hanya dipakai sekali sahaja. Kalau ada duit lebih, barulah kami beli sepasang baju raya yang baharu,"ujarnya.

Tambah Shiera, dia juga sering memberikan atau menjual baju raya yang pernah dipakai kepada orang lain pada harga yang jauh lebih murah kerana jumlah pakaian di rumahnya terlalu banyak.

"Kalau baju biasa, saya akan beri kepada orang lain. Ada juga yang saya jual walaupun hanya dipakai sekali sahaja. Contohnya kalau beli RM200, saya jual sekitar RM40 atau RM45 sahaja. Kalau baju yang harga RM700 atau RM800, saya jual dalam RM150.

"Biasanya saya letak di Instagram. Walaupun baju itu kadang-kadang berkedut sedikit, orang tetap beli dan rata-ratanya berpuas hati, asalkan mereka suka dengan baju tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Shiera berkata pilihan baju raya pada masa kini juga lebih banyak dan harganya lebih berpatutan berbanding dahulu yang memerlukan tempahan khas dengan kos yang agak tinggi.

"Sekarang pun sebenarnya mudah nak dapat baju. Dulu tempah baju boleh mencecah RM300 hingga RM400, tetapi sekarang dengan RM89 pun sudah boleh dapat baju yang cantik. Jadi saya lebih suka berjimat, tambahan pula almari saya memang sudah penuh. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku, jadi saya cuba berbelanja secara sederhana," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement