Skip to main content

Selebriti

Sharul Kamal Kongsi Gelagat Lucu Raya, Bergaduh Dengan Isteri Tentang Resipi Rendang - "Dia Lebih Suka Berkuah, Saya Suka Kering..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Sharul Kamal dan isteri sambut Raya secara sederhana dengan memakai baju lama dan bergilir balik ke rumah keluarga masing-masing di Port Dickson.
  • Mereka ada tradisi memasak rendang bersama sebelum Raya, tetapi sering bergaduh tentang resipi kerana isteri suka rendang berkuah manakala Sharul suka rendang kering.
  • Walaupun suka buat rumah terbuka, jadual kerja yang padat buat mereka jarang dapat mengadakan majlis tersebut setiap tahun.
Advertisement

Penyanyi, Sharul Kamal berkongsi bahawa dia dan isterinya kebiasaanya menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana sahaja.

Menurut pemilik nama penuh Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, mereka sering memakai pakaian yang telah sedia ada dan tidak terlalu membazir untuk persiapan raya.

Advertisement

"Tahun ini saya akan balik beraya di Port Dickson. Saya dan isteri akan bergilir-gilir balik ke rumah keluarga masing-masing. Tetapi sebenarnya tak terasa sangat macam balik kampung sebab jaraknya dekat sahaja. Biasanya pagi raya baru kami akan bergerak.

"Kami berdua pun bekerja dalam bidang yang sama dan gaya hidup kami agak sederhana. Kami bersyukur dengan apa yang ada. Baju raya pun kebanyakannya yang sudah lama ada, kadang-kadang kami pakai sahaja baju raya lama," katanya kepada Gempak.

Selain itu, Sharul turut berkongsi bahawa juadah wajib keluarganya setiap kali Syawal ialah rendang, dan kebiasaannya mereka akan mengadakan program memasak rendang bersama-sama sebelum raya.

Advertisement

Namun apa yang mencuit hati, disebabkan isteri Sharul berasal dari Kelantan, mereka masing-masing ada cara masakan rendang tersendiri dan kerap berdebat mengenai resipi.

"Setiap kali raya, hidangan yang wajib ada ialah rendang Negeri Sembilan. Sebelum raya, biasanya kami akan buat program mantai, iaitu tradisi memasak rendang secara beramai-ramai yang mengambil masa agak lama.

"Isteri saya pula orang Kelantan, jadi kadang-kadang kami boleh bergaduh sedikit tentang resipi rendang sebab cara masakan kami berbeza. Dia lebih suka rendang yang berkuah atau basah, tetapi saya pula suka yang kering. Akhirnya saya yang terpaksa mengalah, memandangkan dia yang memasak," ujarnya.

Sementara itu, pelantun lagu Duit Raya itu turut berkata dia dan isterinya suka menjamu tetamu melalui rumah terbuka, namun disebabkan jadual yang padat, mereka tidak berpeluang membuatnya.

"Kalau ikutkan, saya dan isteri memang suka menjamu tetamu yang datang beraya ke rumah. Tetapi disebabkan kekangan masa, kami jarang dapat buat persediaan yang rapi. Jadual kerja kami agak padat. Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih nanti, saya teringin juga nak buat rumah terbuka supaya lebih ramai boleh datang," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement