Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Showcase Aku & Lelaki Jadi Bukti 24 Tahun Perjalanan Seni Misha Omar, Anggap Peminat Anugerah Terindah - “Saya Mahu Jadi Penyanyi Yang…”

Showcase Aku & Lelaki Jadi Bukti 24 Tahun Perjalanan Seni Misha Omar, Anggap Peminat Anugerah Terindah - “Saya Mahu Jadi Penyanyi Yang…”

Sekilas

  • Misha Omar meraikan 24 tahun kerjaya muziknya dengan showcase Aku & Lelaki di JioSpace, Petaling Jaya, membawakan 18 lagu termasuk kolaborasi bersama anaknya, Idris Ezzwa.
  • Konsert ini mengusung konsep interaksi bersama peminat, bukan sekadar persembahan lagu, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan mereka.
  • Misha mengakui rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan peminat yang menjadi pendorong utama dalam memperbaiki mutu nyanyiannya sepanjang 24 tahun.
Advertisement

Selepas 24 tahun mewarnai industri muzik tanah air, penyanyi, Misha Omar terus membuktikan kecintaannya terhadap dunia nyanyian menerusi showcase Aku & Lelaki yang berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya.

Bermula sekitar pukul 8.30 malam, showcase itu membuka tirai dengan lagu Overture sebelum Misha membawa penonton menyusuri perjalanan muziknya menerusi 18 buah lagu, termasuk Kacamata, Januari, Bunga-Bunga Cinta, Break, Sampai Bila, Teh Hijau dan Bahasa Kalbu.

Advertisement

Antara momen yang mencuri perhatian pastinya apabila Misha berkongsi pentas dengan anaknya, Idris Ezzwa, menerusi lagu Risk It All.

Sepanjang persembahan, Misha turut meluahkan rasa terharu atas sokongan peminat yang terus setia bersamanya sepanjang dia bergelar anak seni.

“Saya sangat teruja untuk hari ini. Terima kasih kerana membelanjakan wang untuk bersama saya. Terima kasih kerana percaya pada bakat saya.

Advertisement

“Tahun ini sudah masuk 24 tahun kita berkasih sayang bersama. Terima kasih banyak kerana sayang saya. Walaupun ada konsert percuma tetapi korang tetap pilih datang ke konsert saya.

“Terima kasih untuk orang yang berbelanja lebih untuk VIP1/VIP2/CAT1/CAT2,” katanya.

Menurut Misha, konsep Aku & Lelaki dipilih kerana dia mahu berinteraksi dan meluangkan masa bersama peminat dan bukan sekadar menyampaikan lagu-lagunya di atas pentas sahaja.

“Kali ini saya buat konsep Aku & Lelaki. Saya bawakan lagu saya serta lagu penyanyi lain. Saya nak jumpa korang dan tak mahu dengar lagu saya sahaja. Itu konsep untuk konsert saya,” ujarnya.

Misha turut mengakui bahawa sokongan peminat menjadi pendorong untuknya terus memperbaiki diri dan memberikan yang terbaik dalam bidang nyanyian.

“Saya sayang kalian sangat. Korang yang selalu buat saya rasa nak lebih baik walaupun kadang saya kurang siuman. Saya nak jadi penyanyi yang terbaik dan mencuba,” katanya.

Mengimbas kembali perjalanan seninya, Misha mengakui dia pernah berasa takut jika orang ramai tidak mahu mendengar nyanyiannya. Namun, dia terus berusaha memperbaiki mutu vokal sehingga hari ini.

“Ini adalah titik tolak saya. Saya takut orang tak mahu dengar. Saya masih belajar vokal sampai sekarang.

“Terima kasih kerana bersama dengan saya selama 24 tahun. Kalian adalah anugerah terindah untuk saya sebagai Misha Omar,” katanya.

Showcase yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu berakhir sekitar pukul 10.30 malam, meninggalkan kenangan istimewa buat Misha dan peminat yang terus menyokong perjalanan seninya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement