Skip to main content

Viral

Siap Masuk Mimpi, Iylia Balqis  Trauma Jumpa Media - "Saya Bukan Cari..."

Iylia Balqis Trauma Media

Aktivis kemanusiaan, Iylia Balqis berkongsi pengalamannya yang mencuit hati apabila dia menggigau kerana terlalu takut berdepan dengan barisan media.  

Menerusi perkongsian di Thread, dia mendapati perkara itu amat lucu kerana kebiasaannya orang mengalami PTSD akibat tidak boleh tidur di penjara, namun lain pula situasi yang dilaluinya. 

Advertisement

"Orang lain PTSD sebab tak boleh tidur, mimpi dalam penjara, dengar ketukan penjara.

"PTSD saya pula, bila mengigau masa mak kejut Subuh sambil kata tak nak bangun sebab ada ramai media kat luar," tulisnya.

Iylia turut menekankan bahawa dia menyertai misi Global Sumud Flotilla itu bukanlah untuk meraih nama mahupun perhatian, namun disebabkan hasratnya yang ingin membantu rakyat Palestin.

"Saya nak menegaskan yang saya tidak cari populariti sampai masuk dalam mimpi trauma jumpa media.

"Saya ni jarang mimpi. Sepanjang pelayaran tak pernah mimpi. Tapi masa saya dalam penjara, saya mimpi family saya, mereka nampak seronok tapi akhirnya saya terbangun dan tersedar rupanya saya masih berada di penjara" tambahnya

Sebelum ini Iylia antara 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bagi memecahkan sekatan dibuat Israel terhadap Palestin.

Bagaimanapun, ketika pelayaran ke Gaza, kapal mereka mereka dipintas Tentera Israel dan ditahan selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye.

Must-Watch Video

Advertisement