Meskipun baru seminggu ditayangkan, Filem 3 Hajat dihujani dengan pelbagai reaksi positif daripada penonton yang tersentuh dengan jalan ceritanya.
Filem arahan Zul Huzaimy ini mengangkat kisah kekeluargaan yang sarat emosi, meninggalkan kesan mendalam khusunya buat penonton yang pernah melalui pengalaman yang sama dengan watak-watak dalam filem tersebut.
Advertisement
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata mengakui tidak dapat menahan air mata selepas menonton karya tersebut.
"Dah tengok, 'best' sangat. Boleh bawa anak-anak.
"Serius cakap cerita ni 'best', siapa yang dah tiada ayah mesti terasa tengok cerita ni.
"Dah tengok semalam. Terbaik. Memang menyentuh jiwa bagi yang ingin rasai hubungan ayah-anak.
"Baru tengok malam tadi, 'standby' tisu gais.
"Sedih tengok haritu," komen netizen
Filem 3 Hajat mengisahkan Awang (Eman Manan), bekas banduan yang menghidap penyakit kronik dan ingin menunaikan tiga hajat terakhir bersama anak tunggalnya, Tawfiq (Amerul Affendi). Namun, hubungan mereka tegang akibat masa silam yang sukar dilupakan.
Filem yang mula ditayangkan pada 2 Oktober 2025 ini menemui penonton di 70 pawagam seluruh negara, menampilkan lakonan mantap daripada Eman Manan, Amerul Affendi, Iman Aneesa dan ramai lagi.