Skip to main content

Selebriti

"Sorry Eh Yang Kecewa Mengharap Saya Kacip..." - Farah Lee

Farah lee kacip

Ringkasan AI

  • Aktivis kemanusiaan Farah Lee jelaskan dia bukan jenis yang suka tunjuk sisi ‘kacip’ di media sosial.
  • Farah kini sibuk dengan pelbagai komitmen sehingga kurang aktif berinteraksi di platform seperti Threads.
  • Dia lebih suka luangkan masa untuk perkara bermanfaat daripada tengok kandungan yang tidak berfaedah di media sosial.
  • Farah akui dia sebenarnya fun dan chill dengan kawan-kawan, tapi tiada masa nak kacip di media sosial.
  • Dia pesan kepada golongan muda supaya pilih kandungan yang bermakna dan membina di media sosial.

Aktivis kemanusiaan, Farah Lee tampil menjelaskan bahawa dia bukan jenis yang gemar menunjukkan sisi ‘kacip’ atau terlalu mesra di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Farah atau nama sebenarnya Norfarahin Romli berkata kehidupannya kini dipenuhi dengan pelbagai komitmen sehingga tidak mempunyai banyak masa untuk aktif berinteraksi di platform tersebut.

"Sorry eh yang kecewa mengharap saya kacip dekat Threads. Kalau interaksi yang sebenar saya memang jenis kacip juga terutama dengan kawan-kawan.

"Karakter saya pun memang kawan-kawan kenal sebagai fun dan chill tapi tak sempat ye nak kacip kat sini sebab saya banyak komitmen. Banyak topi saya pakai," tulisnya.

Menurut Farah, dia lebih suka luangkan masa untuk perkara bermanfaat daripada tengok kandungan yang tak berfaedah di media sosial.

"Jadi, nak aktif kat sosial media saja-saja memang takde masa. Lagipun saya tak suka tengok perkongsian yang tak perlu kat social media," ujarnya.

Farah turut menitip pesanan kepada golongan muda agar lebih memilih kandungan yang baik dan memberi nilai.

"Saya harap anak-anak muda membesar melihat sesuatu yang mempunyai isi. Tidak perlu formal atau terlalu boring namun cukup untuk santai dan tak merapu. Kita perlu anak muda yang matang," katanya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement