Skip to main content

Berita

Suami Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya, Hantaran Isteri Undang Sebak - “I Baru Bersalaman Dengan You Pukul 7 Pagi…”

Luahan Isteri

Sekilas

  • Seorang wanita bernama Darleen Zakir berkongsi momen terakhir bersama suaminya sebelum menerima berita pemergian suami akibat kemalangan motosikal di Lebuhraya SUKE.
  • Suaminya maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain dan kemudian dirempuh lori treler.
  • Darleen mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan roh suaminya selepas kejadian tragik itu.

Hantaran seorang wanita meruntun hati ramai apabila berkongsi momen terakhir sebelum mendapat berita mengenai pemergian suami tercintanya di aplikasi Threads.

Menerusi ciapan yang dibuat, wanita yang dikenali sebagai Darleen Zakir tidak menyangka momen mengejutkan anak serta bersalaman sebelum suaminya itu berangkat ke tempat akan menjadi momen terakhirnya bersama suami.

“Assalamualaikum, Hanan, suami syurga saya. Baru pagi semalam (Khamis) kita sama sama kejut anak nak pergi preschool.

“Saya hantar anak naik kereta, awak pergi kerja naik motor. 9.30AM saya text tanya, ‘Dah sampai office belum?’.

“Pukul 10.18AM awak telefon cuma bukan awak yang bercakap. Polis, ‘Suami puan kemalangan. Kena langgar lori’.

“Gelap dunia saya, hancur hati saya sayang. Hanya mampu meraung. Saya baru bersalaman dengan awak pukul 7 pagi. Pukul 10 pagi awak dah tak ada sayang? Allahuakhbar,” luahnya.

Di akhir perkongsian, Darleen menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan roh arwah suaminya.

Pada 5 Mac lalu, media memaklumkan berita mengenai seorang lelaki yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dengan nahas dengan sebuah motosikal lain sebelum dirempuh lori treler di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha MT-15 melanggar bahagian belakang sebuah motosikal Honda Dash 125 yang berada di lorong kiri dan datang dari arah sama.

Mangsa kemudiannya dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh ke lorong tengah lebuh raya.

Sebuah lori treler yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar mangsa.

Sumber: Threads, Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement