Skip to main content

Selebriti

Sukar Dihubungi Tapi Sempat Tengok Stories, Azrel Ismail Luah Rasa Kesal - "Jangan Terlalu Perasan..."

Sukar Dihubungi Tapi Sempat Tengok Stories, Azrel Ismail Luah Rasa Kesal - "Jangan Terlalu Perasan..."

Sekilas

  • Azrel Ismail meluahkan rasa kesal terhadap individu yang sukar dihubungi tetapi masih mengikuti perkembangan dirinya di media sosial.
  • Dia menegaskan pentingnya melayan semua pekerja dengan hormat, profesional, dan menghargai setiap peluang yang diberikan.
  • Azrel mengingatkan supaya kekal profesional, merendah diri, dan tidak terlalu menganggap diri terlalu penting dalam kerjaya.
Advertisement

Pelakon, Azrel Ismail meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir individu yang sukar dihubungi, namun masih sempat mengikuti perkembangan dirinya di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Azrel berkata dia sentiasa melayan setiap pekerja dengan penuh rasa hormat dan profesional.

Advertisement

“Saya melayan semua orang dalam pasukan saya secara sama rata berdasarkan prestasi kerja, profesionalisme dan rasa hormat antara satu sama lain.

“Kalau perkara asas seperti membalas mesej atau membuat panggilan semula pun tak boleh, tapi masih sempat tengok stories saya dan ikut perkembangan apa yang saya buat. Maaf, saya tak berminat,” tulisnya.

Menurutnya, setiap peluang yang diberikan seharusnya dihargai dan tidak dipandang ringan kerana masih ramai individu di luar sana yang benar-benar menghargai peluang untuk bekerja.

Justeru, Azrel berharap setiap individu yang menerima peluang untuk bekerja dengannya dapat mengekalkan sikap profesional dan tidak terlalu menganggap diri mereka terlalu penting.

“Tiada siapa yang tidak boleh digantikan. Ramai lagi di luar sana yang benar-benar menghargai peluang yang diberikan.

“Jadi, kekal profesional dan sentiasa merendah diri. Jangan terlalu perasan sampai rasa diri sendiri terlalu bernilai. Kadang-kadang, kita sebenarnya biasa-biasa sahaja. Terima kasih!” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement