Skip to main content

Selebriti

Sultan Brunei Titah Gelaran Diraja Isteri Putera Abdul Malik Ditarik Balik Serta-Merta

Sultan Brunei Titah Gelaran Diraja Isteri Putera Abdul Malik Ditarik Balik Serta-Merta

Sekilas

  • Gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri yang diberikan kepada Pengiran Raabi’atul Adawiyyah telah ditarik balik berkuat kuasa serta-merta atas titah Sultan Brunei.
  • Penarikan gelaran itu dibuat kerana tingkah laku beliau didakwa tidak layak sebagai pasangan Kerabat Diraja dan mencemarkan nama baik serta tidak menghormati Sultan Brunei.
  • Tiada butiran lanjut mengenai kelakuan atau insiden yang menyebabkan keputusan tersebut diumumkan secara rasmi.
Advertisement

Gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri yang dikurniakan kepada Pengiran Raabi’atul Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah telah ditarik balik berkuat kuasa serta-merta atas titah Sultan Brunei.

Perkara itu diumumkan Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna Pengiran Haji Razali menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan media tempatan, RTB News.

Advertisement

Pengiran Raabi’atul Adawiyyah merupakan isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Menurut laporan itu, penarikan balik gelaran berkenaan dibuat susulan tingkah laku yang didakwa tidak melayakkan beliau sebagai pasangan kepada Kerabat Diraja Brunei.

Selain itu, tindakannya juga dikatakan telah mencemarkan nama baik serta menunjukkan sikap tidak menghormati Sultan Brunei.

“Kelakuan berkenaan turut mencemarkan nama baik dan tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Kerabat Diraja,” menurut laporan tersebut.

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai bentuk kelakuan atau insiden yang membawa kepada keputusan berkenaan didedahkan dalam pengumuman rasmi itu.

Keputusan tersebut berkuat kuasa serta-merta mengikut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement