Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Susah Nak Cari Yang Jujur & Ikhlas, Watie Hanifiah Sentiasa Turuti Permintaan Pembantu Rumah - “Beri Gaji RM1,800 Tetapi…”

Susah Nak Cari Yang Jujur & Ikhlas, Watie Hanifiah Sentiasa Turuti Permintaan Pembantu Rumah - “Beri Gaji RM1,800 Tetapi…”

Sekilas

  • Watie Hanifiah melayan pembantu rumahnya seperti ahli keluarga dengan menyediakan keperluan asas dan memenuhi permintaan mereka.
  • Dia membenarkan pembantu rumah makan apa sahaja yang mereka suka, termasuk makanan dari Grab dan barang keperluan peribadi seperti shampoo dan pad.
  • Watie lebih menghargai kejujuran, keikhlasan, dan amanah pembantu rumah walaupun kerja mereka tidak sempurna, dan percaya layanan baik akan dibalas dengan kebaikan.
Advertisement

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi pandangannya mengenai cara dia melayani pembantu rumahnya.

Menerusi perkongsian di Threads, Watie berkata dia sentiasa melayani pembantu rumahnya seperti ahli keluarga dan menyediakan barang keperluan asas untuk mereka. Malah, setiap permintaan mereka juga akan cuba dipenuhi.

Advertisement

“Dia boleh makan apa sahaja. Semasa keluar berjalan pun dia boleh order ikut selera dia. Kat rumah kita makan beras mahal pun dia makan juga. Shampoo, pad, barang keperluan dia semua kami belikan.

“Kalau dia tiba-tiba teringin nak makan makanan dalam Grab pun kami belikan. Tiada masalah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dibuat selepas seorang individu bertanyakan kepada umum bagaimana majikan membahagikan makanan dan minuman dengan pembantu rumah.

Dalam pada itu, Watie berkata walaupun pekerjanya tidak melakukan kerja dengan sempurna, dia lebih mementingkan kejujuran, keikhlasan dan amanah.

Katanya, bukan mudah untuk mencari pembantu rumah yang mempunyai sikap tersebut.

“Gaji RM1,800 walaupun mereka buat kerja tidaklah bagus mana tetapi nak cari pembantu rumah yang jenis jujur, amanah itu yang susah. Insya-Allah kita layan baik-baik, Allah pasti akan balas juga yang baik-baik,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement