Skip to main content

Selebriti

Syed Saddiq Sujud Syukur, Bebas Sepenuhnya

Saddiq sujud syukur

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dibebaskan sepenuhnya selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.
  • Keputusan majoriti 2-1 oleh panel hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Syed Saddiq pada Jun tahun lalu.
  • Sabitan dan hukuman tersebut berkaitan dengan pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan harta, dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dapat menarik nafas lega apabila keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya berpihak kepada dirinya.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.

Dalam penghakiman majoriti 2-1, panel dua hakim, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu Jun tahun lalu.

Panel yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bagaimanapun membuat keputusan berbeza.

Che Mohd Ruzima dan Sequerah mendapati tidak ada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah.

Sabitan dan hukuman berkenaan adalah berhubung dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu tuduhan menyalahgunakan harta dan dua kesalahan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement