Skip to main content

Selebriti

Syida Melvin Anggap Perceraian Dengan Syafiq Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi - “Tak Semua Orang Akan Dapat”

Syida Melvin Anggap Perceraian Dengan Syafiq Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi - “Tak Semua Orang Akan Dapat”

Sekilas

  • Syida Melvin mengumumkan prosiding perceraian dengan bekas suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, selesai dengan lancar bersempena hari jadinya yang ke-30.
  • Mereka sempat bermaaf-maafan sebelum prosiding dan berjanji untuk menjaga hubungan baik demi kebajikan tiga anak mereka.
  • Syida sudah bersedia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dan memastikan anak-anak tetap dapat berjumpa bapa mereka walaupun tidak sebumbung.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin meluahkan rasa syukur selepas prosiding perceraiannya dengan bekas suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen berjalan dengan lancar.

Menurut Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, dia juga menganggap perceraiannya bersama Syafiq sebagai hadiah ‘istimewa’ bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 semalam.

Advertisement

“Alhamdulillah prosiding hari ini selesai dengan cepat seperti yang dijangkakan dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Memandangkan semalam hari jadi saya, jadi ini adalah hadiah hari jadi yang tak semua orang akan dapat,” katanya kepada Gempak.

Syida berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai prosiding perceraiannya bersama Syafiq di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.

Advertisement

Berkongsi lanjut, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini memaklumkan dia dan Syafiq sempat bermaaf-maafan sebelum prosiding cerai berlangsung.

“Betul kami sempat bermaaf-maafan sebelum prosiding cerai tadi sebab bagi saya, saya tak ada berdendam apa-apa dengan dia (bekas suami).

“Kita cuma manusia biasa dan perlu untuk saling bermaaf-maafan. Dia juga susah mohon maaf kepada saya jadi kami kosong-kosong,” kongsinya.

Dalam pada itu, Syida memaklumkan bahawa meskipun sudah bercerai, dia dan Syafiq akan menjaga hubungan dengan baik demi kebajikan anak-anak mereka.

“Bila dah bercerai dan bukan lagi berstatus suami dan isteri, kita perlu melakukan ‘co-parenting’ yang baik untuk anak-anak.

“Anak-anak tidak bersalah dan mereka masih memerlukan ibu bapa meskipun saya dan Syafiq bukan lagi suami isteri,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Syida memaklumkan dia juga bersedia untuk melayari kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.

“Saya okay saja, insya-Allah. Semuanya bergantung kepada mindset sebenarnya. Saya juga sudah lama bersedia (bergelar ibu tunggal).

“Sepanjang lima ke enam bulan kami tidak sebumbung ini pun, anak-anak memang bersama dengan saya jadi okay saja.

“Walaupun anak-anak berada dengan saya di kampung tetapi mereka tetap boleh berjumpa bapa mereka setiap kali ke Kuala Lumpur,” ujarnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Syida dan Syafiq berakhir apabila mereka disahkan bercerai talak satu.

Sebelumnya, kemelut rumah tangga Syida bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen mula mendapat perhatian selepas dia dilaporkan memfailkan permohonan cerai pada Disember tahun lalu.

Permohonan berkenaan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor dan perkara itu turut disahkan oleh peguam yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin mendirikan rumah tangga bersama Syafiq pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Sekadar info, Syafiq Azim merupakan anak kepada tokoh perniagaan yang dikenali sebagai Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Anda mungkin berminat dengan

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

Must Watch Video

Advertisement