Skip to main content

Selebriti

Tak Cerewet Soal Pasangan Pengacara, Zizan Razak Akui Berkenan Ganding Dengan Namie Smy - “Orang Tak Tahu Dia Dari Mana Tetapi…”

Tak Cerewet Soal Pasangan Pengacara, Zizan Razak Akui Berkenan Ganding Dengan Namie Smy - “Orang Tak Tahu Dia Dari Mana Tetapi…”

Sekilas

  • Zizan Razak lebih suka pasangan pengacara yang saling membantu dan mengamalkan sikap ‘give and take’ dalam mengendalikan program.
  • Dia tertarik dengan bakat dan cara penyampaian Namie Smy sebagai pasangan pengacara junior yang berpotensi.
  • Zizan menasihatkan pengacara supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan sentiasa memperbaiki diri berdasarkan teguran orang ramai.
Advertisement

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak berkongsi dirinya bukanlah seorang yang cerewet dalam memilih pasangan pengacara, malah menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang subjektif.

Bagaimanapun, menurut Zizan, dia lebih selesa jika pasangan pengacara saling membantu dan mengamalkan sifat ‘give and take’ ketika mengendalikan sesebuah program.

Advertisement

“Cerewet tak cerewet itu adalah keselesaan. Tak dinafikan ada pengacara yang mengacara tetapi tidak menyokong satu sama lain. Saya boleh hadap tetapi lama-lama saya akan fed up.

“Asyik saya sahaja beri tetapi dia buat main-main. Awak tak hormat pasangan awak,” katanya kepada Gempak.

Ketika ditanya mengenai pasangan junior yang ingin digandinginya, Zizan berkata dia tertarik dengan cara penyampaian hos dan pelawak, Namie Smy.

Advertisement

Katanya, meskipun Namie bukan berasal daripada industri hiburan, bakat dan cara penyampaiannya membuatkan ramai yang tertumpu kepadanya.

“Saya suka tengok Namie. Dia bukan dari mana-mana platform dan hanya influencer sahaja tetapi sebab talent dia, orang tak tahu dia dari mana tetapi orang nak tengok dia sahaja,” kongsinya.

Dalam pada itu, Zizan turut berpesan agar pengacara lebih berhati-hati ketika menggunakan media sosial kerana setiap perkongsian boleh disalah anggap oleh orang lain.

Malah, pengacara juga perlu mengambil teguran orang ramai sebagai ruang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti pengacaraan.

“Kita kena lebih berhati-hati dekat media sosial. Orang kata lain, dia kata lain. Semasa rehearsal, adjust sikit-sikit sahaja. Jangan rehearsal lain, live lain. Nampak tak profesional. Apa yang orang cakap kat Threads itu, take note dan perbaiki diri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal mengacarakan program pencarian bakat baharu, Borneo Rising bersama Sherry Al-Hadad bermula 6 September ini.

Program tersebut akan disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement