Skip to main content

Selebriti

Tak Mahu Kerap Kongsi Wajah Anak, MK Bersyukur Peminat Jaga Privasi - "Saya Pun Sedikit Takut Sebab..."

MK K-CLIQUE

Sekilas

  • MK K-Clique memilih untuk tidak kerap berkongsi gambar atau video anak sulungnya, Aya Rayana, di media sosial demi menjaga privasi.
  • Dia tidak menghalang orang ramai bergambar bersama anaknya dan berterima kasih kerana peminat menghormati privasi Aya.
  • MK juga menyatakan keprihatinannya terhadap risiko penyakit ain dan kesan negatif media sosial sebagai sebab utama menjaga kehidupan anaknya secara tertutup.

Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique memilih untuk tidak kerap berkongsi gambar atau video anak sulungnya, Aya Rayana yng kini sudah berusia setahun tiga bulan di media sosial

Bagaimanapun, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menegaskan bahawa dia tidak akan melarang orang ramai untuk bergambar bersama anak perempuannya.

MK turut meluahkan rasa syukur kerana peminatnya sangat menghormati privasi wajah Aya.

"Kalau bawa anak saya keluar, saya tak pernah tutup wajahnya. Namun, buat masa sekarang saya tak mahu berkongsi dengan lebih kerap di media sosial.

"Alhamdulillah, peminat pun menjaga privasi anak saya. Saya tak nampak pun perkongsian gambar atau video mereka bersama anak saya di mana-mana platform media sosial. Mereka mungkin menunggu hantaran gambar dari saya. Apapun, saya tidak pernah melarang mereka yang ingin bergambar bersama," katanya kepada Gempak.

MK berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran mini album 'Asmara Dansa' oleh penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa yang berlangsung di The Five, Kuala Lumpur pada Rabu.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Mimpi itu turut akui bahawa dia tidak ingin mendedahkan kehidupan anaknya di media sosial untuk mengelakkan daripada penyakit ain.

"Ia salah satu cara untuk saya elak dari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku memandangkan media sosial mengandungi pelbagai pendapat. Saya pun sedikit takut sebab orang boleh buat macam-macam," ujarnya.

Untuk rekod, penyanyi berusia 29 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun 2023 dan mereka dikurniakan anak bernama Aya Rayana pada Ogos tahun lalu.

Must-Watch Video

Advertisement