Skip to main content

Selebriti

"Tak Mampu Buat Cara Tak Mampu, Ukur Baju Di Badan Sendiri Bukan Di Gajah" - Fedtri Yahya

WhatsApp Image 2026 04 06 at 1.34.12 PM

Sekilas

  • Fedtri Yahya menasihatkan individu supaya berbelanja mengikut kemampuan dan elakkan menggunakan khidmat BNPL jika tidak mampu.
  • Beliau mengingatkan supaya jangan terlalu mengikut kehendak sehingga menyusahkan diri dan orang lain di kemudian hari.
  • Warganet menyokong teguran Fedtri yang jelas dan padat walaupun disampaikan secara berkias.

Pengacara, Fedtri Yahya tampil memberikan teguran susulan satu hantaran seorang individu yang membuat pertanyaan secara umum sama ada dia patut menggunakan khidmat beli sekarang bayar kemudian (BNPL) bagi membeli sebuah telefon baharu atau tidak.

Menurut Fedtri, individu tersebut dinasihatkan agar berbelanja mengikut kemampuan diri dan tidak terlalu mengikut kehendak semata-mata.

"Tak mampu buat cara tak mampu, Jangan menyusahkan orang di kemudian hari. Ukur baju di badan sendiri, bukan di badan gajah.

"Jangan dilambung nafsu sedangkan makan pun bagai bercatu. Jangan suburkan kehendak. Nanti bermaharajalela kedegilan sehingga tertutup pintu nasihat," titipnya.

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan turut berkongsi bahawa dia tidak menerima sebarang biasiswa dan hanya memperoleh elaun daripada ibu bapanya sekitar RM100 hingga RM200 sebulan.

Namun, dalam masa sama, dia tidak mahu membebankan keluarga untuk membelikannya telefon jenama iPhone.

Perkara tersebut menjadi perhatian warganet dengan rata-rata bersetuju dengan kenyataan Fedtri sambil memuji cara tegurannya yang berkias namun mesejnya jelas dan padat.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement