Skip to main content

Selebriti

Tak Nafi Wujud Unsur Dengki, Isteri Along Eyzendy Kekal Positif - "Dia Sering Terima Tawaran..."

Amy Along

Sekilas

  • Isteri Along Eyzendy, Hamidah Mohd. Yatim, tidak menolak kemungkinan wujud unsur dengki berkaitan kesakitan suaminya tetapi memilih untuk berfikiran positif.
  • Along kini dirawat di ICU Hospital Serdang akibat jangkitan pada stent saluran hempedu selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan.
  • Hamidah turut mencuba rawatan tradisional dan berkata menjaga Along tidak sukar kerana suaminya hanya mahu dia sentiasa berada di sisi.
Advertisement

Isteri kepada pelakon Along Eyzendy iaitu Hamidah Mohd. Yatim tidak menafikan kemungkinan wujud unsur perbuatan dengki yang terkait dengan kesakitan suaminya ketika ini.

Advertisement

Bagaimanapun, Hamidah memilih untuk berfikiran positif kerana percaya dia dan keluarga tidak pernah berniat jahat terhadap orang lain.

“Sebagai orang Melayu dan Islam, bukan saya tidak percaya, tetapi saya memilih untuk berfikiran positif. Saya tidak mengharapkan orang berbuat jahat kepada kita kerana kita sendiri tidak pernah berniat jahat pada orang lain.

"Dalam berniaga pun, juadah kami tidak mahal dan kami sentiasa berkongsi dengan orang. Tetapi saya tak dapat nafikan bahawa sejak kebelakangan ini Along sering menerima tawaran pekerjaan yang banyak dan mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan kejayaannya," katanya kepada Gempak.

Hamidah berkata demikian selepas ditemui di Hospital Serdang pada Jumaat.

Dalam masa sama, Hamidah turut memaklumkan bahawa dia turut berikhtiar mendapatkan rawatan tradisional, namun mungkin belum diizinkan untuk sembuh sepenuhnya.

"Saya ada cuba juga rawatan alternatif tetapi mungkin masih belum dizinkan untuk sembuh sepenuhnya. Ia amat sukar," kongsinya.

Menurut Hamidah lagi, menjaga Along bukan sesuatu yang sukar kerana suaminya tidak pernah meminta perkara yang pelik atau membebankan, selain hanya mahu isterinya sentiasa berada di sisi.

“Dia tidak pernah meminta apa-apa yang pelik. Cuma dia mahu saya sentiasa berada di sisi dan ada untuknya. Itu sahaja, tidak pernah menyusahkan," ujarnya.

Terdahulu, Along dilaporkan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang selepas dipercayai mengalami jangkitan pada stent saluran hempedu.

Along dimasukkan ke wad pada Jumaat minggu lalu akibat demam dan batuk berpanjangan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement