Skip to main content

Selebriti

Tak Pernah Bergaduh & Buat Hal Sendiri, Netizen Nobat Zahirah Macwilson & Atikah Suhamie Sebagai Artis Paling 'Classy' - "Beauty With Brain"

Zahurah Macwilson dan atikah suhaimie

Sekilas

  • Pelakon Zahirah Macwilson dan Atikah Suhaimie dipuji ramai kerana sikap mereka yang tidak pernah memerli atau terlibat dalam kontroversi pergaduhan.
  • Seorang pengguna Threads menobatkan mereka sebagai artis paling 'classy' kerana keperibadian yang tenang dan berkelas.
  • Netizen turut menyokong pandangan tersebut dan mengagumi sikap mereka yang kaya tetapi tidak menunjuk-nunjuk serta sangat 'unbothered'.

Tidak terkait dengan mana-mana kontroversi pergaduhan, nama pelakon Zahirah Macwilson dan Atikah Suhaimie menjadi sebutan dan meraih pujian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads oleh seoraang pengguna, dia memuji kedua pelakon itu kerana tidak pernah dilihat memerli mana-mana pihak sehingga menobatkan mereka sebagai artis yang paling 'classy'.

"Artis paling berkelas jatuh kepada Zahirah Macwilson dan Atikah Suhaimie, tiada perli-perli. Tiada nak gaduh-gaduh bagai. Suka tengok diorang. Beauty with a brain," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong kenyataan tersebut dan mengagumi keperibadian kedua pelakon tersebut.

"Kaya tapi tak menunjuk.

"Zahirah paling ratu. Dia buat hal dia je. Sama juga seperti Atikah.

"Sangat setuju.

"Zahirah Macwilson yang paling unbothered," komen mereka.

Must-Watch Video

Advertisement