Skip to main content

Selebriti

Tak Sangka Boleh Himpunkan Figura Terkenal, Musa Nuwayri Dedah Cerita Sebenar - "Bukan Kerana Tak Berani Tetapi..."

Musa Dedah Coversation GSF

Aktivis kemanusiaan, Musa Nuwayri mendedahkan tangkap layar miliknya menerusi aplikasi Whatsaap bersama barisan delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) yang terkenal.

Antaranya ialah pelakon Ardell, penyanyi Zizi Kirana, personaliti media sosial Haroqs serta pendakwah bebas PU Rahmat.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram, Musa mengakui masih sukar mempercayai bahawa dia mampu menghimpunkan wajah-wajah besar ini yang dianggap mustahil baginya.

"Saya masih ingat hari di mana Tuan Nadir meminta saya untuk bertanya kepada mana-mana artis atau pempengaruh yang rela untuk sertai misi kami.

"Berat amanah itu kerana ianya tidak mudah untuk mencari golongan ini. Tak ramai yang sanggup. Bukan kerana tak berani, tetapi jadual mereka sudah tersusun rapi, tulisnya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka apabila akhirnya mereka sendiri sendiri tampil secara sukarela untuk menyertai misi kemanusiaan tersebut.

"Namun Allah takdirkan sesuatu yang luar biasa. Tiba-tiba, dua nama muncul di 'direct message'(DM) Instagram saya, Ardell dan Zizi. Tanpa saya jemput, tanpa saya ajak. Mereka datang sendiri, menyerahkan diri demi Palestin.

"Kemudian, saya hubungi pula Haroqs, dan selepas satu minit, dia terus bersetuju. Manakala Rahmat pula adalah yang paling tidak dijangkakan kerana saya memahami jadualnya yang sangat padat dengan ceramah. Tetapi bila saya maklumkan tentang misi ini, ianya cukup membuatkan saya terdiam," katanya.

Dalam pada itu, pelakon Nadzmi Adhwa turut mencuri perhatian apabila meninggalkan komen di hantaran berkenaan dengan menzahirkan hasratnya untuk menyertai misi GSF akan datang.

"Saya tak Whatsapp tapi saya akan selalu bercakap dalam hati! Misi yang seterusnya ya tuan! Jangan lupa," ujarnya.

Sekadar info, Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Must-Watch Video

Advertisement