Skip to main content

Selebriti

Tak Tahan Pendam Rasa Sakit, Uqasha Senrose; "Sebab Anaklah Saya..."

Uqasha pendam anak

Sebagai seorang ibu, ia adalah menjadi tanggungjawab untuk sentiasa melindungi dan menjaga kebajikan anak-anak.

Perkara tersebut cukup sensitif buat pelakon, Uqasha Senrose yang kini didakwa mengalami masalah rumah tangga bersama suaminya, Kamal Adli

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok Live, Uqasha mendedahkan bahawa dia telah lama memendam perasaan tersebut dan kini dia tidak lagi boleh bersabar.

"Sebab anaklah saya setahun bersabar dengan Kamal," katanya ringkas.

Terdahulu, menurut sumber terdekat, rumah tangga pasangan berkenaan dikatakan mulai bergolak sejak April lalu, namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap di rumah ibunya.

Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangganya.

Namun, ketika ditemui di program MeleTOP malam tadi, Uqasha enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mengunci mulut.

Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement