Bintang Talk To My Manager (TTMM), Audra atau lebih dikenali sebagai Oddah berkongsi cara uniknya mengatasi rasa takut dan keresahan ketika berada di atas pentas.
Menurut Oddah, dia sentiasa berpegang kepada prinsip tertentu setiap kali membuat persembahan.
Advertisement
Antara cara yang diamalkannya ialah dengan melakukan banyak pergerakan seperti melompat dan menggoyangkan seluruh tubuh sehingga rasa gementar hilang.
Selain itu, kelebihan berinteraksi dengan orang sekeliling turut diwarisi daripada ibunya merangkap pengurus, Sharifah Shahirah yang terkenal dengan kepetahan berbicara. Sifat ini membantu Oddah mengurangkan rasa gemuruh ketika di pentas.
"Melompat sana sini dan shake it off serta banyak bercakap dengan orang," kata Oddah.
Menariknya, dia juga menekankan kepentingan untuk tidak berfikir secara berlebihan atau "overthinking" sekiranya ada pekara yang tidak berjalan seperti dirancang.
Baginya, persembahan yang memukau lahir daripada keyakinan diri, cara menampilkan persembahan serta kesediaan untuk sentiasa enjoy dan follow the flow.
"Jangan overthinking, bila awak atas pentas jangan fikir macam-macam. Itu adalah perkara pertama bila kita berada di atas pentas. Saya akan perform, nikmati persembahan dan ikut sahaja setiap perjalanan itu. Kalau suara awak tenggelam, suruh sahaja dia menyanyi atas pentas," nasihat Oddah.
Sekadar rekod, Oddah meraih tempat ketiga pada minggu keempat TTMM dengan kutipan markah sebanyak 79.00 peratus.
Selain Oddah, Ahmad dan Thalita turut mendominasi carta dengan Ahmad di tangga pertama dan Thalita di tempat kedua.