Skip to main content

Selebriti

Tayangan Hari Pertama & Kedua Dah Sold Out! Mojoku Hilang Terima Sambutan Hangat Di Indonesia

Tayangan Hari Pertama & Kedua Dah Sold Out! Mojoku Hilang Terima Sambutan Hangat Di Indonesia

Sekilas

  • Filem romantik komedi Malaysia, Mojoku Hilang, mendapat sambutan hangat di Indonesia dengan tiket hampir habis terjual pada hari pertama tayangan.
  • Filem ini berjaya menarik minat penonton walaupun berlatar budaya dan bahasa berbeza, mengisahkan Adi yang menyamar untuk mendapatkan semula seekor lembu bernama Mojo.
  • Mojoku Hilang turut menampilkan pelakon popular seperti Adipati Dolken, Mimi Lana dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, dan telah ditayangkan terlebih dahulu di Singapura sebelum Indonesia.
Advertisement

Baru beberapa hari ditayangkan di Indonesia, filem romantik komedi terbaharu Malaysia, Mojoku Hilang telah menerima sambutan baik apabila kebanyakkan tiketnya telah habis terjual.
 

Pencapaian itu membuktikan filem berkenaan bukan sahaja mendapat perhatian penonton Malaysia, malah turut berjaya menarik minat penonton di Indonesia.

Advertisement

Lebih menarik, sambutan tersebut menunjukkan kisah yang dibawa menerusi Mojoku Hilang mampu diterima penonton walaupun mempunyai latar budaya dan bahasa yang berbeza.

Filem ini mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung demi mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan penduduk setempat.

Konflik bermula apabila penduduk kampung bertindak ‘menculik’ Mojo sebagai usaha untuk menghalang pengambilalihan tanah mereka oleh sebuah syarikat.

Namun, rancangan Adi berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang lantang menentang syarikat miliknya sendiri.

Selain Adipati, filem arahan Azhar Kinoi Lubis itu turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron dan ramai lagi.

Sebelum ini, Mojoku Hilang terlebih dahulu menemui penonton Singapura pada 31 Julai lalu sebelum mula ditayangkan di Indonesia pada 28 Ogos.
 

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement